01/11/2011

Perasmian Bangunan UMNO/BN Alor Gajah Oleh H2O!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t







ALOR GAJAH: Faktor calon, lokasi dan situasi akan menjadi perkiraan asas bagi pengagihan kerusi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU), kata Naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, tidak ada satu formula tetap bagi menentukan kemenangan calon kerana terdapat isu yang berbeza-beza ketika berdepan dengan situasi pilihan raya umum itu kelak.

"Yang penting adalah formula kemenangan (bagi BN) dari semua aspek yang akan ditentukan akhirnya oleh rakyat sebagai pengundi," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Bangunan Umno Bahagian Alor Gajah, di sini, Jumaat. Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga Pengerusi Umno dan BN Melaka serta Ketua Umno Bahagian Alor Gajah Datuk Wira Abdul Ghafaar Atan.

Hishammuddin diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa BN akan memulakan proses pelarasan kepada formula pembahagian kerusi pilihan raya yang digunapakai kini bagi menghadapi PRU akan datang.

Najib yang juga Pengerusi BN dilaporkan berkata perubahan politik yang dinamik menyebabkan perlu pelarasan kerana formula pembahagian kerusi dibuat pada 2004 dan dipakai pada 2008. Menurut Hishammmuddin input kepimpinan peringkat negeri akan diambilkira dalam formula itu selain persefahaman pemimpin tertinggi parti-parti komponen BN.

Beliau juga berkata kejayaan pada PRU 13 itu kelak akan menentukan transformasi dibawa oleh Najib yang diterima rakyat pada masa kini dapat diteruskan.

Katanya, sejak dua tahun Najib mengambil-alih pucuk pimpinan, negara telah melihat banyak perubahan.

Beliau berpuashati melihat jentera Umno di bahagian itu yang melaksanakan kerja bersungguh-sungguh menghadapi PRU akan datang bagi membantu mengekalkan Melaka sebagai kubu kuat BN.-mStarOnline

Keris juga berharap jentera UMNO dan BN bergerak secara sistematik dan agresif menjelang PRU13 yang akan datang. Tahniah juga kepada Datuk Seri Muhd Ali Rustam yang berjaya membawa Melaka kearah negeri yang maju. Disini Keris kongsi juga ucapan perasmian oleh Naib Presiden UMNO Malaysia, Dato' Seri Hishamuddin Hussein tempoh hari.





Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Melaka maju dibawah Kerajaan Barisan Nasional, Kelantan selepas 21 tahun maju?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk