20/11/2011

Rintihan Suara Seorang Pemandu Teksi Kepada PM

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t



Bagi pemandu teksi; pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan, pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik, cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian dimansuhkan dan pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun manakala RM1,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih 10 tahun


Baru-baru ini Keris ada bersembang dengan seorang pemandu dan dia mengucapkan ribuan terima kasih diatas bantuan kerajaan melalui bajet 2012. Namun begitu dia ada menyatakan kesusahannya sebagai seorang pemandu teksi.

Kebanyakan daripada mereka perlu bekerja keras sehingga tidak menentu waktu bekerja. Sudah tentu pendapatan mereka tidak menentu, kadangkala rezeki sampai dan kadangkala tidak.

Masalah yang timbul adalah ketika mereka ingin membuat sebarang pinjaman peribadi melalui mana-mana bank. Sudahlah susah membayar sewa teksi, dengan tanggungan keluarga mereka susah untuk menampung kos penyelengaraan teksi.




Kebanyakan mereka mahu membuat pinjaman bagi melangsaikan hutang sewa teksi untuk mengelakkan teksi ditarik oleh syarikat teksi masing-masing. Maka dia meminta pihak kerajaan mengambil suatu langkah didalam membendung masalah pinjaman kepada pemandu teksi.


Keris tidak arif mengenai perkara ini, diharap pihak yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan polemik ini. 

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Bukan semua yang susah namun terpulang pada individu didalam mencari rezeki yang halal..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk