Assalamualaikum w.b.t
Hindari Al-Faahisyah, Dekati Yang Sah
Islam itu indah
segalanya sudah lengkap
mengapa ia perlu diubah
sedangkan Islam sudah mantap
Islam itu cantik
panduan sepanjang zaman
mengapa ia perlu diherdik
sedangkan ia memberi pedoman
manusia...
tidak pernah puas dengan kehidupan
jarang sekali mensyukuri nikmat Tuhan
berulang kali diberi azab pengajaran
namun hati masih menjejaki syaitan
manusia...
bukankah indah ciptaanNya
mengapa perlu dipertikaikan
bahagia diperoleh sesama kita
tetapi kuasa juga menjadi rebutan
akal...
kurniaan Allah yang paling bernilai
harus diguna jangan disia-siakan
buruk baik dapat dirungkai
setiap perilaku mendapat balasan
akal...
setiap manusia mempunyai ia
namun bezanya hanya cara pemikiran
jika ia disalah guna
tidak mustahil agama menjadi bentan
wahai manusia,
Allah pernah berfirman
bahawa al-faahisyah (sejenis) itu haram dalam suatu hubungan
seperti tinggalan kaum Luth di Palestin dan Jordan
tidakkah kamu dalam kebodohan
sekiranya mengulangi kembali perbuatan yang telah diberi balasan
wahai manusia,
Rasulullah pernah bersabda
bahawa dikemaluanmu ada sedekah
yakni pahala
dapatkanlah ia melalui nikah
yang mana hanya untuk berlainan jantina
wahai manusia,
pergaulan bebas menghampiri zina
bukankah itu yang diajar dalam agama
namun mengapa masih seperti tidak tahu apa-apa
malah kelihatan lebih bodoh dari yang dijangka
wahai manusia,
berpeganglah kepada agama
petunjuk diberi oleh Yang Maha Esa
berpaksilah kepada sunnah baginda
panduan buat kita semua
wahai manusia,
insaflah wahai taulan
sebelum ajal menjemput datang
andai diri jauh dari Tuhan
hanya neraka yang nampak dipandang
wahai manusia,
tahukah kamu nikmatnya syurga
hadiah Allah buat hambaNya yang taat setia
segala permintaan bakal dimakbulkan disana
ketika di dunialah waktu kita untuk mengejar balasan syurga
hasil nukilan norelmi najiha
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: Ini adalah karya seorang mahasiswa yang semakin bimbang dengan kesejahteraan Islam di Malaysia..Hak Seksualiti Merdeka satu ancaman pada undang-undang Islam?
0 ulasan:
Post a Comment