15/11/2011

@WardinaSafiyyah 'Sound' Blogger Pro UMNO Tak Tahu Menulis?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t


"Beberapa hari yang lalu terdapat beberapa blogger yang meniup cerita bahawa selebriti TV3, Wardina Saffiyah akan menjadi calon MP di Titiwangsa". Maaf bukan ini cerita yang mahu Keris lontarkan pandangan atau cuba dihebahkan. Keris faham Wardina kini semakin tertekan setelah desas-desus itu berkumandang dilaman blog pro BN diatas perbuatan dan kenyataan yang tampak lebih menyokong pihak pembangkang.

Antaranya adalah blogger Kulaan Niring yang ada menulis :

Wardina... seorang ikon persenoliti TV yang terkenal dan pelakon sitkon popular suatu masa dulu "Spanar Jaya" sejak akhir-akhir ini penuh dengan kontroversi politik. Kenyataan-kenyataan beliau terutama dilaman Twitter banyak di pick-up oleh blogger-blogger apabila kenyataan beliau yang berat ke arah menghentam dan mengkritik kerajaan sekarang rupa-rupanya "ada udang disebalik batu", ada hasrat dan agen tersembunyi.

Berdasarkan kepada khabar-khabar angin yang bertiup kencang semenjak dua menjak ini, Wardina dikatakan berminat untuk mengisi kerusi parlimen Titiwangsa yang ditinggalkan oleh arwah Dr. Lo' Lo yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Ini selari dengan hasrat dan keinginan pihak pembangkang terutama Pas yang terdesak bagi mencari pengganti Dr. lo' Lo, calon wanita yang mempunyai perwatakan dan bercirikan keIslaman kononnya.


Dan blogger Duke Of Umno :

Ish..ish..ish...!!! Betul ke apa yang aku dengar ni? Setahu aku, Wardina sendiri dah buat sidang media sebelum ni, kononnya dia tak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik dan tak mahu dikaitkan dengan mana-mana parti politik jugak pun!

Namun, apa yang aku baca di sini agak berbeza dengan kenyataan media yang dia buat sebelum ni. Betul ke Wardina nak ganti tempat Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' dan ambil alih kawasan Titiwangsa?

Pada aku, Wardina tak layak pun nak ganti tempat Dr. Lo' Lo'. Beza antara Wardina dan Dr. Lo' Lo' macam langit dengan bumi. Jauh bezanya. Dr. Lo' Lo' jauh lebih bagus dari selebriti TV3 tu.

Dr. Lo' Lo' penuh berilmu dan zuhud orangnya, manakala Wardina penuh arrogant, berlagak pandai, selalu cari pasal dengan rakan-rakan selebritinya, berilmu taqlid ala-ala Bob Lokman dan boleh dikatakan tak layak jadi pemimpin pun. Kalau sekadar tayang muka boleh laaaa...ada kormersial value.


Dan akhirnya Wardina mula mengeluarkan 'tweet' seperti berikut yang membuktikan dia marah dengan tindakan beberapa blogger ini :



Keris tidak punya masalah dengan apa yang diluahkan namun Keris menjadi marah apabila Wardina menuduh SEMUA blogger pro UMNO tidak reti menulis dan tidak berfakta walhal dia hanya marahkan kepada blogger-blogger yang pernah menghentamnya.



Seramai lebih daripada 200 orang blogger pro UMNO disindir tidak tahu menulis melalui kenyataan 'tweet' tersebut. Bukan semua blogger pro UMNO membenci atau prejudis terhadap Wardina namun kenyataan itu terlalu umum dan sememangnya seperti ingin membentuk permaslahan dan cuba 'berperang' dengan kami.

Keris tidak mahu menulis panjang lebar lagi, diharap Wardina berfikir sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan dan berfikir sensitiviti semua pihak kerana ''lain padang lain belalang, lain orang lain lah ragamnya, demikian pula lain lubuk lainlah ikannya''. 

Cerita banyak tidak ada guna, buat kenyataan maaf secara terbuka sudah memadai. Jika masih berkeras hati tidak mahu meminta maaf, maka ia seperti menempah 'peperangan' dengan kami.

Baca juga di SINI

p/s: However, bloggers don’t have such an ethics board. Despite at least some attempts to codify a blogger’s code of ethics, no such singular board exists nor does any such board hold sway over you. - www.blogherald.com

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang?

13 ulasan:

  1. Kenapa Tv 3 suku masih sayang pada minah keparat ini

    ReplyDelete
  2. wardina ptt mula sedar diri sikit skrg.nti org meluat pulak.byk sgt cipta kontroversi.pls la dina jgn berlagak pandai,suka potong org ckp mcm awk je tahu semua bnda.dulu minat wardina.tp skrg sikapnya yg terlalu lantang tak kena tmpt buat kan saya meluat.

    ReplyDelete
  3. BARU USIK SIKIT DAH MELATAH MACAM MANA NAK JOIN POLITIK...JADI WAKIL PEMBANGKANG???INGAT WARDINA KALAU AWAK JOIN POLITIK SEMUA HAL PERIBADI AWAK PUN KENA KOREK...TIADA SIMPATI DALAM POLITIK....

    ReplyDelete
  4. Minah ni berangan lepas belajar untuk menjadi seorang yang 'useful to the society'?

    Citt...!

    U're forever useless, minah..!

    ReplyDelete
  5. ...berlagak pandai, perasan dan shok sendiri ,dia ingat dia bagus, piirahh...setiap pagi MHI kt TV3 kalau betina ni jadi host saya akan tukar cannel lain..dia ni nak kata over pun ia jugak...gedik sopan pn ia jugak...nk harap ke muka ja la...banyak2 selebriti kt tv betina ni lah yg saya menyampah...

    ReplyDelete
  6. Yang benci sangat Wardina ni sebab apa?

    Akibat perangai hasad dan dengki korang dekat dialah Puteri Umno gagal mendekatinya.

    Mari Muhasabah demi perjuangan!

    ReplyDelete
  7. tak perlu pun mendekatinya...orang tak minat kat dia ni.syok sendiri jer.kalau dia join puteri umno sekalipun, i takkan sokong dia.jangan harap.

    ReplyDelete
  8. anon:12:13
    You buta mata ke?
    Betina ni bertopeng shj la bro.
    You tengok MHI,semuanya dia tahu dan familynya shj handal.
    Tidak busuk hati tetapi meluat tengok gelagat yg tak ori.

    ReplyDelete
  9. mmg pn..die mcm da over sgt,perasan dia la icon islamik!helllooo.....dlu sblum btudung kau sape?berubah utk mnjadi lbih baik itu bgus tp kalo da blagak sgt aku pn naik benci!mcm die sorg la bgus...

    ReplyDelete
  10. dlu aku 1 of her fan tp skang aku tgk die da mcm overconfident,kate2 die seolah2 memandaang rndah pd other people.skang aku nmpak sifat2 arrogant pd kata2 nya.please la wardina,down to earth la,jgn blagak pndai xtntu psal....ur not prfect!

    ReplyDelete
  11. elok lah dia, ada sumbangan dalam masyarakat. Sumbangan apa? bukan sikit aku dengar remaja, young adults berubah kearah kebaikan bila ikuti kisah dia. Apahal lak dia gedik?over? heheh ko tgh marah tu, tgh sakit hati, (hati tengah 'sakit' is more like it)...di mata ko dia buruk, di mata Allah dan para Malaikat wallahualam, insyaAllah dia diberkati. Pls lah puteri umno whatsoever, i penyokong atas pagar dulu, but for the firt time in my life i register tahun ni, undi itu rahsia but i bagi engkau org hint..NO BN. ahaha..hint ke tu? Please,,, as long as that granny rosmah still in 'power'...NEVER. Dont u ppl know we youngsters HATE her? and yeah better sort out the mess done by your beloved ketua wanita, good luck with you people and her lembu.

    ReplyDelete
  12. CINTA

    ntahlah, aku dah tak minat ngan wardina ni, dlu minat jgak dalam spanar jaya tapi skarang... hmmmm, di ni kuat sangat menyampuk kalau orang tengah bercakap, tak caya trylah tengok MHI tu, bosan dengan 'kesungguhan' wardina ni menyampuk, skarang dah tak minat tengok MHI lagi dah,

    ReplyDelete
  13. Tanya Wardina,siapa yang mabuk masa world cup 98' sampai muntah-muntah sewaktu makan di nasi lemak lee di bangsar??masa tu bulan puasa ok,so jangan nak berlagak baik sangat...

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk