20/11/2011

Runtuh Madrasah Solihiah : Boleh @Tantawi100 Jawab?


 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t



Isu ini dibang
kitkan setelah MB Kedah Ustaz Azizan merobohkan Madrasah Solihiah Dan digantikan dengan surau di bahagian bawah shopping kompleks dengan menyatakan ia adalah permintaan Majlis Agama Islam Kedah.

Mereka memberi alasan sudah tiada qariah di surau/madrasah tersebut dan telah disiasat serta mendapat persetujuan pihak MAIK.


Video ini memaparkan demonstrasi aman dan luahan yang dilakukan bagi menyatakan rasa tidak puas hati rakyat Kedah dengan keputusan merobohkan surau tersebut.



Siapakah sebenarnya dalang disebalik perobohan surau/madrasah tersebut didalam pembinaan kompleks Aman Central?. Apakah DAP yang akan memonopoli perniagaan disitu?. Kini puak PAS sudah tidak kisah lagi dengan pertambahan pusat hiburan yang tumbuh melata selepas puak PR memerintah. Ternyata PAS sanggup lacurkan agama di Kedah dan menghulurkan tengkuk untuk menjadi boneka DAP.
Keris mohon pandangan Ustaz Tantawi untuk melontarkan pandangan mengenai isu ini. Beliau tentu arif dengan politik PAS dan mana yang hak dan bathil.



Teringat kisah DAP 'sound' PAS berkenaan larangan terhadap pusat hiburan di bulan Ramadhan awal tahun lalu :

DAP hari ini me
minta kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap parti-parti komponen lain dalam pakatan pembangkang.

“DAP sedar mengenai keperluan pelbagai komuniti berbeza dalam negara dan akan berjuang untuk hak mereka, sebagaimana yang dilaksanakannya sejak dahulu, lama sebelum pilihan raya pada 2008 lagi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata, DAP tidak akan mengetepikan prinsip-prinsip perjuangannya, dan menurutnya, parti itu berada di barisan depan sejak dahulu lagi, menentang hasrat Pas menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
“DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih penyokongnya.

“Sebarang keputusan kerajaan negeri tidak seharusnya menjejaskan kaum bukan Muslim. Sebarang undang-undang kecil yang mendiskriminasi kaum bukan Muslim adalah bertentangan dengan perlembagaan,” katanya.– Bernama
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: PAS ganti UMNO?..kalau mahu DAP yang berkuasa dan kuasa melayu hilang..silakanlah..fikir jauh sebelum mengundi..silapharibulan semua masjid dirobohkan dan digantikan dengan pusat hiburan..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk