Assalamualaikum w.b.t
Pada 14 November yang lalu, Ahli Parlimen BN Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.
"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.
"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.
"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti kepada Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.
Berkaitan isu yang dibangkitkan oleh MP Kinabatangan, Keris kurang bersetuju dengan pandangan beliau namun begitu pihak yang bertanggungjawab untuk memberi penjelasan adalah pihak syarikat NFC itu sendiri.
Keris tidak menyatakan samada Datuk Bung Mokhtar atau Datuk Shahrizat yang bersalah kerana nyata ia diluar jurisdiksi Keris. Kerana mengikut desas-desus yang sampai kepada Keris, isu ini dibangkitkan hanya untuk mewujudkan kepincangan di dalam Barisan Nasional dengan mula melaga-lagakan orang-orang penting di dalam kepimpinan BN.
Pada mulanya Keris hanya menganggap desas-desus itu hanya mainan mulut namun setelah Timbalan Presiden PAS Mat Sabu mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri didalam isu itu, Keris sudah dapat mengagak bahawa ianya satu lagi taktik yang digunakan hanya untuk memberi persepsi negatif kepada kepimpinan BN terutamanya sayap Wanita UMNO yang dilihat sedang progresif bergerak diakar umbi.
Berkenaan saranan Datuk Bung Mokhtar kepada "Menteri UMNO' yang terlibat dengan isu NFC untuk meletakkan jawatan itu satu tindakan berani namun tidak bijak. Kerana isu ini telah bertukar menjadi peribadi apabila beberapa pihak mula menyerang keluarga "Menteri UMNO" tersebut. Sama juga dengan kisah peribadi MP Kinabatangan yang menyalahi undang-undang ketika berkahwin tempohari.
Namun pihak syarikat NFC itu sendiri harus memberi penjelasan dan tidak menggunakan mana-mana proksi politik bagi memberi penerangan kepada rakyat Malaysia dan Keris melihat kes ini sudah menjadi semakin berat, tidak mahu tidak pihak syarikat NFC harus berhadapan dengan para media dan memberitahu samada mereka menerima projek tersebut secara telus atau tidak dan mereka mampu meneruskan projek itu atau tidak. Jika mereka berbuat begitu maka mereka berada dipihak yang benar.
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: Keris dapat tahu cerita ini pun juga daripada mulut pembangkang..nampak tak 'game' mereka itu?..yang tukang bakar pun orang BN..adui..
nak backup pun agak2 ar der.. 250 juta tuuu
ReplyDeleteKalau saudara baca betul2..Keris tidak backup siapa pun..cuma kita mahu NFC beri penjelasan dan keterangan..
ReplyDelete