24/11/2011

Siri 2 : Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri 2011


Keris diberitahu bahawa 
Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri 2011 ini dijalankan dengan objektif :

  • Menyediakan saluran untuk anak muda menyuarakan pandangan mereka
  • Mencungkil bakat baru sebagai Pemidato Muda BN.
  • Melahirkan Pemidato Muda yang mantap dalam penguasaan isu semasa.
  • Memberi keyakinan kepada anak muda supaya berani melontarkan pandangan dan pendapat mereka berhubung sesuatu isu



"Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri 2011 ini adalah satu inisiatif daripada pihak Pemuda Barisan Nasional Malaysia untuk melahirkan Pemidato Lelaki dan Wanita Muda yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai Penceramah Muda Barisan Nasional. Pertandingan ini dianjurkan bagi membolehkan semua anak muda yang mempunyai bakat berpidato menyumbang secara terus kepada parti samada mereka mempunyai jawatan atau tidak di dalam mana-mana parti politik. Pertandingan ini juga diharapkan dapat memastikan bahawa pelapis kepimpinan Pemuda dan Puteri terdiri daripada mereka-mereka yang mampu berucap dengan baik sekaligus menjadi jurubicara parti", kata Lokman Noor Adam kepada Keris apabila disoal mengenai latar belakang program ini. 


Untuk pengetahuan pembaca, sesi saringan pertandingan ini bagi zon selatan telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO Johor, Saudara Fadzil Muskon yang sudi hadir ke program tersebut.


Keris berbangga melihat begitu ramai anak muda yang berani berbicara dan berpidato mengenai isu-isu semasa dan mempunyai kesedaran politik yang tinggi. Program masih terus berjalan dan Keris akan beritahu keputusan siapa yang berjaya ke final pertandingan itu kelak.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: BN Pilihan Orang MUDA!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk