01/11/2011

Gempar! PKR Dah Mula Daftar Tentera Halimunan?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t

Difahamkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh seorang wanita berkenaan ugutan pihak tertentu untuk mencederakan beliau dengan simbahan asid sekiranya beliau enggan mengisi 500 borang ahli Parti Keadilan Rakyat seperti yang telah diarahkan. Pembaca boleh lihat laporan polis tersebut di bawah.


Dikongsi daripada blog Seruling Jalanan, disertakan juga contoh borang yang sudah diisi oleh mangsa diatas arahan pihak tertentu.





Keris dapat mengesan beberapa perkara yang mencurigakan melalui borang-borang diatas :

  • Bentuk tulisan yang sama bagi semua borang
  • Tandatangan seakan palsu kerana tandangan hanya lebih kurang sahaja mengikut nama yang diisi
  • Alamat kad pengenalan yang berlainan tempat tetapi mendaftar dibahagian Ulu Selangor
  • Tiada nombor telefon dan emel untuk dihubungi
  • Borang diisi dengan beberapa tempat kosong yang ditinggalkan
Keris telah cuba menyemak daftar pemilih melalui maklumat yang terdapat didalam borang itu namun hanya satu nama sahaja yang terdapat didalam rekod.


Mengapa perlu En Steven ini mendaftar ahli PKR di Selangor sedangkan dia mengundi di Pulau Pinang?. Adakah ini taktik kotor pihak pembangkang dalam mendaftarkan ahli hantu sekaligus sebagai langkah permulaan untuk mereka menyusun pengundi hantu?. Adakah konspirasi ini dilakukan semua cabang diseluruh Malaysia? Adakah ini BERSIH untuk pilihanraya? Apakah ini juga termasuk didalam 8 tuntutan BERSIH?


Diharap pembaca nilai sendiri perbezaan diantara kaca dan permata. Jelas siapa yang memulakan langkah KOTOR bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang?

Keris teringat pula kisah seorang makcik yang didaftarkan sebagai ahli PKR di Parlimen 94 Hulu Selangor. 

“Mak cik tak pernah minta jadi ahli PKR. Siapa punya kerja ini? Orang yang buat kerja ini letak otaknya di lutut. Mak cik rasa geram sangat. Menipu mak cik dan mahu menganiaya mak cik,” katanya dalam suara tersekat-sekat. Air jernih mula berginang di kelopak mata, lantas tak dapat ditahan dari mencucuri pipinya.

“Mak cik dah masuk Umno dari tahun 70 (1970). Mak cik tak pernah keluar dari Umno, kenapa pula mak cik boleh diberi surat masuk parti PKR ni?” katanya sambil meramas surat dan sijil dengan perasaan geram lalu mencampakkannya.

Pagi ini Puan Badariah akan menunaikan tanggungjawabnya membuang undi dalam Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor. Dalam PRU12 lalu beliau tidak dapat menunaikan tanggungjawab itu kerana keuzurannya. Tetapi dia bertekad mahu ke pusat pembuangan undi kali ini kerana mahu membalas perbuatan yang dilakukan oleh PKR terhadapnya.

baca selanjutnya di SINI.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Keris tidak akan pelik jika perkara ini dituduh oleh jumud PR sebagai "Salah UMNO"..apapun kini mereka 'kantoi'..nak dengar jugak apa kata mereka pasal isu ini?

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk