14/10/2011

Apa Masalah Anwar Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia?


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t



Keris memetik artikel daripada Blogger GPB mengenai isu ini. Anwar Ibrahim menempelak Kerajaan BN mengenai Kedai Rakyat 1Malaysia. Dalam kenyataannya di portal rasmi PAS, Anwar menyifatkan rancangan kerajaan untuk memperbanyakkan Kedai Rakyat 1Malaysia akan menimbulkan lebih banyak masalah kepada ekonomi Bumiputera, terutama kepada pengusaha-pengusaha kedai runcit di kampung-kampung.

Itulah kata-kata paling bodoh tahun ini yang pernah Keris dengar keluar daripada mulut dia selepas penafian jam omega dan perut buncitnya. Keris rasa orang tua ni memang tidak sedarkan diri apabila berkata-kata. 

kedai rakyat 1 malaysia 1 Kedai Rakyat 1Malaysia

Buat pengetahuan pembaca yang masih belum memahami mengapa KR1M diwujudkan dan apakah konsep KR1M maka Keris kongsikan sedikit maklumat daripada BeritaSemasa.Com mengenai KR1M ini.

Pengurangan subsidi dan pengecutan pendapatan menjadikan warga kota semakin terhimpit dalam kehidupan seharian, lebih-lebih lagi apabila harga barangan pengguna terus meningkat.Bagi membantu mereka, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengilhamkan projek Kedai Rakyat 1Malaysia .

Sebanyak 250 barangan generik akan dijual pada harga antara 30 hingga 50 peratus lebih rendah daripada harga pasaran barangan berjenama.Najib dijadual melancarkan kedai pertama yang terletak di stesen LRT Kelana Jaya petang ini yang akan dikendalikan oleh Mydin Mohamed Holdings Bhd.

Ia berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas tanpa jenama, pada harga berpatutan berbanding banyak jenama lain yang terdapat dalam pasaran.Pengarah Urusan Mydin Holdings Ameer Ali Mydin pada taklimat media baru-baru ini berkata barangan generik itu akan diberikan jenama 1Malaysia’.



Bukan sekadar ciptaan populis untuk meraih sokongan.Kalau kedai rakyat ini membantu,maka kami sangat mengalu-alukan dan juga menyokong penuh idea ini.Namun begitu, ada persoalan yang ingin kami utarakan. 

Adakah dengan kewujudan kedai rakyat 1 Malaysia ini tidak mengganggu kedai-kedai runcit lain disekitarnya?Dan adakah kesemua golongan rakyat Malaysia dibenarkan membeli di kedai rakyat 1 Malaysia tersebut?


Pada pendapat Keris, ia tidak menggangu malahan membantu. Persoalannya, kedai-kedai runcit yang akan terganggu atau kedai berkonsep pasaraya yang goyah? Apa kena mengena Anwar dengan semua ini melainkan jika dia dan puak pakatanis ada 'share' dalam pasaraya besar dan mini? poket mereka tergugat? semua orang tahu Puak Pakatanis adalah perompak ekonomi rakyat!




Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Puak pakatanis punya bisnes kita tak kacau pun..nak bising-bising pulak..malas nak bongkar je..

2 ulasan:

  1. setuju sangat2 dengan penulis. selama ini puak pakatanis lah dalang disebalik sikap melampau peniaga2 yang menaikkan harga sesuka hati. yang teruk kena hentam kerajaan. pakatanis memang berengset

    ReplyDelete
  2. Saya ni bukanlah warak atau dari gulungan2 sepertinya, tapi saya setuju sangat2 dgn initiatif yg PM ambil. Seperti mane Rasulullah, dgn pertologan sahabat2 yg kaye, semase Baginda membeli telage air yg dikuasai puak yahudi dan seterusnye memerdekakan rakyat Madina dari belenggu kuase ekonomi puak yahudi. Saye percaye dgn nawaitu yg same, pihak kerajaan dpt membuat perubahan2 yg positif untk kite rakyat (terutamenya umat islam), terlepas dari cengkaman kafir laknat dan manusia2 yg sewaktu dgnnya, yg hanye tahu membankang dan mengutip keuntungan yg melampau2.... Insya'Allah, segala usaha2 murni dimasa2 mendatang akan mendapat restu dan berkat dari Nya.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk