27/11/2011

Harus 'Banned' Penyokong Indonesia Dari Mana-Mana Acara Sukan !


Menurut Buletin Utama TV3, belum pernah berlaku lagu terhadap mana-mana pasukan bolasepak di seluruh dunia samada ia bertaraf kelab mahupun pasukan kebangsaan yang menerima kawalan keselamatan yang sebegitu tinggi dan ketat daripada pihak berkuasa di sesebuah negara tempat berlangsungnya sesuatu perlawanan sebagaimana yang pernah dan telah diterima oleh pasukan bolasepak Malaysia daripada pihak keselamatan Indonesia. Sewaktu perlawanan Indonesia menentang Qatar dalam pusingan Piala Dunia baru-baru ini, respons penyokong negara Garuda itu sangat pesimistik. Setakat menyokong pasukan mereka dan boleh menerima kekalahan di tempat sendiri.


Sudah dua kali, skuad bola sepak negara kita terpaksa menaiki Barracuda, sejenis kenderaan perisai tentera Indonesia untuk pulang ke hotel penginapan. Pertama, ketika perlawanan di antara Malaysia menentang Indonesia untuk merebut Piala Suzuki AFF pada tahun lepas di Stadium Nasional Gelora Bung Karno juga. Skuad Harimau Malaya terpaksa dibawa keluar dari stadium dengan menggunakan kereta perisai tentera serta kereta kebal bagi mengelak mereka dari diganggu oleh penyokong yang berada di luar stadium.


Kedua, sebaik saja tamat perlawanan bolasepak antara Malaysia dengan Indonesia 17 November dua hari yang lalu di stadium yang sama, layanan serupa juga telah diterima oleh pasukan Harimau Malaya bawah 23 tahun ketika mereka keluar meninggalkan stadium terpaksa dibawa dengan beberapa buah kereta kebal milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) bagi mengelak gangguan daripada penonton warga Indon yang tentunya tidak berpuashati dengan kekalahan 0-1 pasukan Indonesia ditangan skuad Harimau Malaya.


Jika difikirkan, pernahkah pasukan ternama seperti Brazil, Italy, Perancis, Sepanyol, Jerman, Argentina, Chile, Paraguay, Uruguay dan sebagainya menerima kawalan yang begitu ketat sekali seperti yang pasukan negara kita terima daripada negara Indonesia?

Begitu jugalah dengan kelab-kelab bolasepak terkemuka dunia seperti Chelsea, Manchester United, Liverpool, Manchester City dan lain-lain, belum pernah lagi mereka mendapat jaminan keselamatan yang begitu tinggi sekali daripada pihak berkuasa negara penganjur sebagaimana layanan yang diberi oleh pihak berkuasa Indonesia ke atas pasukan negara kita.

Jikalau dianalisis secara jujur, tentu tindakan diambil oleh pihak berkuasa Indonesia yang membawa barisan pemain bolasepak negara menggunakan kenderaan perang milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) dengan sendirinya telah menunjukkan kepada masyarakat dunia umumnya bahawa betapa kolot dan ganasnya rakyat Indonesia.

    


Lihat sahaja video diatas, Keris sendiri merasakan bahawa para penyokong Indonesia ini tidak seharusnya dibenarkan lagi untuk menghadiri mana-mana acara sukan samada didalam negara mereka mahupun diluar negara kerana mereka ini tidak berdisplin dan tidak profesional dalam mengawal emosi ketika menonton. Dan sikap tidak profesional ini tidak harus diamalkan oleh rakyat Malaysia kerana nama Malaysia dipersada dunia kian menyerlah.


Baca juga mengenai berita kematian dua penyokong Indonesia di SINI


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Kat Malaysia pun kena buat undang-undang kalau penyokong tak profesional maka mereka tidak boleh hadir menghadiri acara sukan lebioh-lebih lagi bolasepak...


3 ulasan:

  1. Tak tgok lagi komen2 rakyat indonesia dkt facebook, pehh org ckp pasal bola dye boleh pulak perbahaskan culture negara kita, yang saya tak puas hati boleh pulak dorg ckp negara kita maling dan maju bukan atas usaha sendiri, siap ckp psal sejarah negara kita lagi, kebanyakkanya dorg cakap yang negara kita curi hasil karya orang lain, bila masa ya? Tak pernah pulak dengar cerita sebegitu, huhuhu mmg saya geram bila baca komen2 mereka!

    ReplyDelete
  2. mcm mane la kalo malaysia masuk world cup :D

    ReplyDelete
  3. sebab dia kebanyakan cultural kta sme ngn diorang.that's why kita dipanggil maling...xpasti la sape tiru sape...tp knpe nak kisah sume tu...sejarah lama kot..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk