Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

19/11/2011

Bob Lokman Kasyaf Dalam Menentukan Seseorang Itu Murtad?

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Dipetik daripada blog Pisau :

Roadtour Bob Lokman di Pulau Pinang mengkafirkan rakyat Johor ,artikel Pisau bertarikha 10 Nov.

Bob
 Lokman berkata rakyat Johor disifatkan murtad kerana terpaksa keluar seawal jam 5 pagi untuk pergi bekerja di Singapura,beliau menuduh rakyat Johor tidak melakukan solat kerana keluar dari rumah awal pagi dan pulang pada waktu petang.Katanya mereka mereka ini tidak ada masa untuk bersolat.

Maka kesemuanya dihukum murtad.Begitulah penghinaan dan dihukum murtad terhadap rakyat Johor. Bob Lokman beranggapan beliau sudah setaraf alim ulamak dengan hanya menyertai PAS kemudian sudah boleh mengkafirkan orang lain.


Hujahnya "Kerja di Jurong Singapura,duduk Ulu Tiram,Jam 5 pagi dah keluar dari rumah,7 pagi dah sampai tempat kerja.Berapa lama 10 tahun dah mereka tak sembahyang subuh?"
Ujarnya lagi "10 tahun tak sembahyang subuh shiekh!! , pergi kerja 5 hari seminggu kemudian cuti hari Sabtu dan Ahad barulah dia(rakyat Johor) qado, dia qado tidor hingga bangun paling awal tu pun sampai 10 pagi!!"

Katanya lagi "dalam tauhid termasuk dalam bab riddah perbuatan murtad adalah perbuatan dia(rakyat Johor) Habis semua jatuh murtad kemudian tak payahlah nak pergi jumpa Mufti Perak Harussani nanti dia kata pulak tak apa sebab tak tau diri dah jatuh murtad"



Keris
tidak sangka Bob Lokman sudah sudah berubah menjadi seorang manusia 'penjatuh hukum' sama seperti Nik Aziz. Ternyata doktrin PAS telah berjaya meresap kedalam hatinya sehingga tergamak menghamburkan tuduhan sebegitu rupa terhadap rakyat Johor.



Adakah dia bercakap dalam keadaan tidak waras atau khayal?. Apa komen rakyat Johor yang dituduh jatuh murtad?. Apa taraf Bob Lokman sehingga boleh mempertikaikan status agama seseorang dan menjatuhkan hukum?. Keris pohon pembaca menilainya sendiri.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Rakyat Johor diam sahajakah?

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk