26/02/2015

Majlis Peguam Sudah Tidak Relevan? - Ambiga Menangis Kena Sound Dengan Tan Sri Shafee?




Susulan kritikan yang dibuat terhadap keputusan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengganggap Majlis Peguam kini sudah tidak lagi bebas dan menjadi seperti sebuah parti politik pembangkang.

Beliau menyelar Presiden Majlis Peguam Christopher Leong dan bekas presidennya Datuk Ambiga Sreenevasan yang disifatkannya cuba mengelirukan orang ramai dengan kenyataan mereka.

"Majlis Peguam kini sudah tersasar jauh, mereka tidak lagi bebas sebaliknya mereka menjadi parti politik kepada pembangkang," katanya.

Menjawab kritikan Leong berhubung penggunaan Seksyen 377B dan 377C Kanun Keseksaan dalam pendakwaan kes Anwar melibatkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, Shafee berkata komen beliau itu tidak tepat.

"Leong bukan seorang peguam kes jenayah. Jadi, komen beliau tentang 377B dan 377C memang tidak tepat. Sebab, beliau tidak faham langsung fakta yang diturunkan dalam kes ini, iaitu (pengadu) Saiful sendiri berkata tidak rela, tapi terpaksa menyerah. Menunjukkan, beliau bukan sukarela mengikut kefahaman undang-undang," katanya.

Sementara itu, mengulas kritikan Ambiga yang mengeluarkan kenyataan mendakwa Barisan Nasional (BN) membuat langkah salah memenjarakan Anwar, Shafee berkata beliau tidak memahami hujah yang cuba disampaikan peguam tersebut.

Kenyataan Ambiga itu memperlihatkan seolah-olah beliau mempertikaikan keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan dan menganggap BN sebahagian daripada sistem kehakiman.
"Apa hujah yang cuba beliau sampaikan?" soalnya.

Shafee juga menggesa pihak Peguam Negara mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua mereka, Leong dan Ambiga, yang dianggap membuat kenyataan menghina mahkamah.

Susulan hukuman dijatuhkan Mahkamah Persekutuan ke atas Anwar pada 10 Februari lalu, Leong berkata, persepsi yang Anwar sedang dianiaya didorong "anomali yang amat nyata."

Ini termasuk katanya, kerana tiadanya tindakan dikenakan terhadap Saiful sebagai pengadu dalam kes liwat yang didapati tidak melibatkan unsur paksaan.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari mendapati Anwar bersalah meliwat Saiful di sebuah unit kondominium di Damansara, Kuala Lumpur, pada 26 Jun 2008, mengekalkan hukuman lima tahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan tahun lepas.

Dalam ringkasan penghakimannya, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata, mahkamah mendapati dakwaan konspirasi politik daripada pasukan pembela tidak berasas.

Beliau juga bersetuju dengan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang Saiful seorang saksi yang boleh dipercayai.

K7L : Majlis Peguam dah boleh bungkus?...

2 ulasan:

  1. Ade org dah hilang bola kut

    ReplyDelete
  2. Rupannya ada peguam melayu yang hebat

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk