Sila klik untuk besarkan
Hari ini Keris agak tertarik dengan satu posting di FB Sukan Star. Apa yang membuatkan Keris rasa nak kongsi adalah kisah zaman student dulu. Memang ramai kawan Keris yang hanyut dan sebijik macam mamat dalam Wassap tu.
Ada tu sanggup nak pukul Keris sebab tak bagi masuk rumah nak cerita pasal peluang haha! Macam-macam cara. Ada tu yang dah lama tak jumpa tetiba mesej kata rindu nak jumpa.
Bila jumpa tu dia ada drama terserempak pulak. Lepastu dok cerita pasal duit banyak. Yang kelakar siap paksa untuk pergi ofis. Sampai ofis tu kebetulan semua orang dalam ofis tu tahu nama Keris. Hebatkan?
Dahlah banyak duit lepastu kasyaf! Hahah! Semua itu untuk pujuk Keris masuk jugak dan isi borang serta pembayaran sebelum keluar. Sampailah Keris ugut nak bakar ofis tu baru mereka buka pintu. Haih! Apapun jangan percaya lah..
Bukan apa. Bimbang jadi desperado macam mamat ni. Siap pertikai kalau mengaji bukannya turun duit dari langit. Dia lupa rezeki tu datang dari mana agaknya. Siap boleh cakap tak lari Allah dikejar. Jahil sangat tuh!
Mengaji boleh bila-bila, tapi nak jumpa boss tu susah? Kalau Allah tak izin jumpa, tetap tak jumpa bang. Lawak betul. Bawa mengucap kepada empunya mesej itu. Ingat mati sikit dalam nak cari duit.
K7L : Sentap? ... sakitnya tuh disini!!!!!
Mau jatuh syirik tu disebabkan MLM. Disebabkan MLM, agama tiada nilai.
ReplyDelete