05/02/2015

Harga Sijil Kahwin Naik Sebab 'Kos Hidup Semasa'? @myJAWI @NajibRazak



Rasanya semua pasangan muslim di negara ini pun tahu, ‘sijil kursus kahwin’ ini antara dokumen yang wajib ada bila nak melangsungkan pernikahan. Jadi nak tak nak kena pergi kursus untuk dapatkan sekeping kertas berharga tersebut.

Menerusi satu surat rasmi yang diedarkan dari Pejabat Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 29 Januari lalu, kadar bayaran penyertaan dan sijil kursus Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI) di seluruh Wilayah Persekutuan dimaklumkan, dinaikkan kadarnya mulai Februari 2015.

Justeru harga RM85 yang merangkumi bayaran untuk yuran penyertaan RM80 dan sijil kursus (RM5) sebelum ini, meningkat kepada RM130 iaitu RM120 bagi yuran penyertaan dan RM10 bagi sijil kursus.

Alasan kenaikan ini yang turut disertakan dalam surat tersebut adalah ‘peningkatan kos hidup semasa’.

Kami percaya pihak terbabit sudah tentu menjalankan kajian secukupnya sebelum harga ‘kursus kahwin’ ini dinaikkan.

Cuma sajalah nak bertanya, bukankah dalam Islam urusan perkahwinan seharusnya dipermudahkan?

Sebagaimana alasan JAWI dalam pekeliling ini tentang kenaikan kos hidup semasa, pernahkah terfikir pasangan Islam yang datang ke kursus pra-perkahwinan ini ada yang terdiri daripada mereka yang berjuang keras untuk hidup di kota wilayah namun nekad mahu mengikut sunah nabi menyambung umatnya.

Sijil kursus kahwin itu pula adalah kehendak undang-undang negara dan bukannya termaktub dalam hukum agama tapi terpaksa diambil sebab itulah ‘law’ kalau nak bernikah. Tidak tahu pula Keris kalau kajian itu tertulis atau tidak mereka yang mengambil kursus ini kebanyakan adalah pelajar?

Kenapa nak bebankan mereka kalau dah tahu tentang kos hidup semasa makin meningkat? Berapalah sangat kertas semua itu. Kalau nak jimat sangat pendekkan waktu kursus jadi kurang bayar dewan dan fasi. 

Padahal penerangan itu patut diringkaskan memandangkan kos hidup semasa tinggi, maka patut biarkan mereka dengan masa lebih untuk bekerja. Sarkastik bukan? Kertas yang harga seringgit kalau siap print pun tak sampai RM5 dah jadi RM10.

Mungkin selepas ini sijil ini jadi sijil emas zullian? Siapa tahu kan?

K7L : Makin mengarut.. orang tengah nak turunkan harga.. 

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk