26/02/2015

Gobind Singh Mengamuk Bila Nik Abduh Panggil Dia "Kanak-Kanak"?



Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menyifatkan tindakan Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo mengeluarkan kenyataan berbaur ‘ugutan’ terhadap tindakan PAS ingin membentangkan rang undang-undang perlaksanaan hudud di Kelantan pada 18 Mac ini boleh disifatkan satu perbuatan ‘tidak matang’ pemimpin parti berkenaan.

Dalam satu laporan baru-baru ini, Gobind telah bertindak memberi ‘kata dua’ kepada PAS untuk tidak meneruskan perancangan mereka membentangkan rang undang-undang perlaksanaan hudud atau berdepan kemungkinan akan di singkirkan daripada Pakatan Rakyat (PR).

Mengulas mengenai kenyataan tersebut, Nik Mohamad Abduh berkata ugutan sedemikian tidak perlu dilayan kerana ia hanya dilakukan oleh ‘kanak-kanak’ yang sememangnya tidak berfikiran matang dalam perbuatan dilakukan mereka.

Nik Mohamad Abduh juga yakin ‘ugutan’ tersebut hanya dilakukan oleh pemimpin DAP yang tidak mahu hudud dilaksanakan di Kelantan dan ia tidak seharusnya berlaku di dalam kepimpinan parti berkenaan.

"(Kemarahan dan ketidakpuasan hati itu) hanyalah kerana Pas gagal memenuhi kehendak DAP.

"Samalah macam anak-anak yang menghentak-hentak kaki tak puas hati di depan ibunya. Ia soal tak dapat apa yang dimahukan. Itu sifat semula jadi anak-anak kecil. Masalah agungnya ialah DAP ni bukan anak-anak lagi," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook semalam.

Menurut beliau, walaupun DAP mengeluarkan kenyataan untuk menyingkirkan PAS namum perancangan bagi membentangkan rang undang-undang hudud akan ditetap diteruskan sepertimana dirancang oleh PAS Kelantan.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berharap kepimpinan PR dapat menerima rancangan PAS melaksanakan hudud di Kelantan kerana ia adalah agenda utama perjuang parti berkenaan.

Ahmad Fadhli berkata, PR perlu akur dengan keputusan PAS kerana rancangan untuk melaksanakan hudud telah diluluskan oleh PAS Kelantan pada tahun 1993 dan ia telah wujud sebelum kerjasama pakatan ditubuhkan lagi.

“Saya amat optimis pimpinan dalam PR akan menangani isu ini dengan matang dan bijaksana. Saya ulangi pendirian Pemuda Pas Kelantan bahawa hudud adalah antara agenda teras perjuangan Pas khususnya di Kelantan,” kata Ahmad Fadhli. –UtaraNews.com


K7L : Haha! Gaduh..gaduhhh...

1 ulasan:

  1. Bebudak kalau nak aiskrim memang tak nyempat dah, kena bagi jap tu jugak. Mujur tahaluf PAS berkuasa fikir dan faham karenah DAP sejak bersama PR.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk