10/02/2015

Dr Hatta Ramli Dalang Gulingkan Kerusi Presiden PAS?



Bukti-bukti bersumpah sudah pun dikeluarkan semalam. Semalam juga mereka berkumpul dan menyuarakan rasa tidak puas hati kepada kumpulan yang ingin menggulingkan Presiden PAS.

Kini Pemuda PAS Kuantan buktikan mereka ada 'telor' untuk pertahankan Presiden mereka. 


Penyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkumpul di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur menjelang mesyuarat jawatankuasa pusatnya hari ini bagi menunjukkan sokongan kepada presiden mereka itu.

Mereka berhimpun kerana mengesyaki terdapat beberapa anggota parti itu yang mahu menjatuhkan Hadi.

Bantahan yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Kuantan Fadhli Ibrahim turut mendakwa seorang anggota jawatankuasa pusat Hatta Ramli sebagai penggerak utama usaha itu.

Mereka membawa plakad anti-Hatta dan mahu beliau dan “orangnya” dipecat.

Selain Hatta, kumpulan itu menjadikan Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Husam Musa dan dan Pengerusi NGO PasMA Pharolrazi Zawawi sebagai sasaran.

Sementara itu, Hatta ketika dihubungi Malaysiakini petang ini enggan mengulas berhubung isu itu.


K7L : Dah kantoi kenapa Hatta diam?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk