06/02/2015

Pensyarah 'Kangkung' UUM Malukan Lim Kit Siang Lagi Sekali?



Jawapan dari Ustaz Shukri Shuib Pensyarah yang digelar kangkung oleh Kit Siang!

Kit siang tidak ada nilai sebagai orang Asia dan juga tidak menghayati erti demokrasi kerana tidak boleh menerima komentar yang bertentangan dengan nafsu politik beliau. Kit Siang juga dilihat suka melontar label kepada mana mana individu tidak sehaluan dengab beliau, ertinya dia bukanlah pemimpin yang sesuai untuk rakyat Malaysia, dia mengajar nilai merendahkan orang lain dan ini tidak murni sifatnya. Kit siang harus menjaga lidahnya dan lebih baik mendaftar sebagai pelajar di mana mana IPT untuk belajar nilai murni ahli politik.

Tindakan Encik Lim Kit Siang melabelkan ahli akademik yang juga seorang penjawat awam dengan gelaran yang merendahkan integriti akademik menunjukkan betapa tidak matang dan jahilnya Kit Siang terhadap hak demokratik akademik. Adalah menjadi hak dan kebebasan ahli akademik memberikan komentar dan juga pandangan terhadap isu semasa termasuk juga apa yang sedang cuba dilakukan parti pimpinan Kit Siang itu.

Kita juga ada memberikan komentar terhadap isu isu lain termasuk membabitkan polisi BN. Adakah Kit siang begitu takut melihat teguran ahli akademik terhadap parti beliau dan sekaligus takut dengan pengaruh yang dipunyai ahli akademik

Saya menasihatkan eloklah Lim Kit siang mendaftar sebagai calon sarjana atau PhD dalam bidang politik dan juga antarabangsa jika beliau mahu mendalami dunia IPT dan menambahkan kemahiran beliau mengkaji politik.

Jika beliau sewenangnya boleh menggelar ahli akademik sebagai kangkong dan juga pelbagai gelaran yang memburuk imej IPT dan seseorang tokoh akademik, maka apakah dia suka jika ada orang lain menggelarkan beliau sebagai ahli politik lapuk atau ahli politik nyanyuk yang suka berleter dan tidak demokratik disebabkan usia tua beliau. Mungkin orang lain juga boleh menggelarkan Kit siang sebagai ahli politik yang membosankan kerana sering mengetengahkan pendekatan politik lapuk dan ketinggalan zaman.

Adalah memalukan apabila orang berusia tua seperti Kit siang tidak tahu mengamalkan nilai murni yang baik dan bersikap sabar serta belapang dada. DAP harus mempertimbangkan supaya jawatan penasihat Dap yang disandang Encik lim kit siang itu digantikan dengan individu yang lebih dinamik seperti YB Senator Ariffin Omar yang juga mantan Prof di IPTA sebelum ini.

Inilah masa terbaik untuk orang akademik dari DAP dilantik sebagai penasihat kepada DAP dan Lim Kit siang sendiri. Kit siang perlu dinasihatkan akan aspek nilai murni menjaga pertuturan sebelum menjadi penasihat kepada parti yang kononnya demokratik.


K7L : Kit Siang dah boleh bersara dari terus membabinisasikan DAP..

2 ulasan:

  1. Sokong Pensyarah kangkung tu 100%. Anak LK Sial can go fly kite!!!!

    ReplyDelete
  2. Dia, dari pendapat saya adalah seorang individual yang mempunyai konflik peribadi hasil dari sikap beliau yang sejak dari dulu 'anti-establishment' dan terbawa bawa sehingga lah ke sekarang. This is in contrary to those characters of opposition personalities such as the late Karpal Singh and Chen Man Hin, or even his former nemesis TS Lee Lam Thye. He calls people by names to register his anger and this indicates his lack of leadership qualities of the current era. He has passed his time and is a disgrace if he ever be made as a deputy PM or even a PM to this nation one day if he ever survives.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk