08/12/2017

Sultan Selangor Murka Dengan Melayu DAP Bernama Zaid Setan?



Sultan Selangor, Sultan Sha­rafuddin Idris Shah menzahirkan kemurkaan terhadap ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim dan dalam nada keras, baginda me­nyifatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai seorang yang biadab.

“Dia duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tak setuju, buat rumah besar-besar dan tolong rakyat Kelantan. Jangan cari rezeki di Selangor,” kata Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam wawancara bersama Utusan Malaysia.

Dalam wawancara dengan The Star baru-baru ini, baginda turut menegur Dr. Mahathir yang sebelum ini menghina etnik Bugis dengan menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai pemimpin yang mempunyai sifat inferiority complex (rendah diri) serta diselubungi perasaan kebencian.

Bagaimanapun pandangan ba­ginda dipertikai Zaid apabila bekas menteri itu dipetik sebagai berkata: “Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar.”

Mengulas isu berkenaan, Sultan Sharafuddin mengingatkan Zaid agar tidak perlu mengajarnya ke­rana baginda sememangnya cukup berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan tetapi teguran ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad dibuat atas kapasiti sebagai raja dan bukannya bermotifkan politik.

“Saya sedar, Zaid selalu mengeluarkan komen yang tidak benar dan tidak tepat mengenai saya, dari dulu. Zaid adalah seorang ahli politik serta bekas menteri dan saya faham dari dulu lagi Zaid kuat menentang institusi raja.

“Nasihat saya kepada Zaid satu sahaja, janganlah kita jadi seperti kacang lupakan kulit dan janganlah musnahkan orang Melayu. Saya percaya Zaid tahu apa yang saya maksudkan,” titah baginda(adc)


Sumber : MaidOAli
Sumber kedua: Zanas

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk