Muhyiddin seperti hilang daripada radar politik. Namanya jarang disebut. Ceramahnya kurang mendapat sambutan. Muhyiddin jauh tenggelam berbanding Shafie Afdal di Sabah.
Kehadirannya dalam Pakatan Harapan seperti tidak relevan. Walaupun Presiden PPBM, tetapi Pengerusi parti lebih berkuasa dan sering mengeluarkan kenyataan rasmi parti.
Mengenali Muhyiddin semasa dalam UMNO, dia tidak ada kekuatan sendiri. Dia bergantung kepada kekuatan orang lain. Pengikut tegarnya tidak setegar mana. Sebab itu di Pagoh, cawangan UMNO yang bubar tidak ada. Dia hanyalah opportunis dan manipulator di saat terakhir apabila berlaku konflik.
Kini dia tersepit dalam PPBM. Tun M masih berkeupayaan sebagai diktator dalam PPBM. Mahyuddin tidak boleh berbuat apa apa. Ketiadaan “chemistry” Muhyiddin-Tun M antara punca PPBM gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan.
Dia merancang untuk menyisihkan Tun M. Tetapi Tun M ada pendinding iaitu Lim Kit Siang. Undi Cina penting. Muhyiddin nampak hanya satu jalan sahaja iaitu menggunakan rakan karibnya semasa dalam UMNO iaitu Anwar. Lagi pun Wan Azizah dan famili masih ada dendam pada Tun M. Dan Anwar pun ada pengaruh pada DAP.
Tetapi Tun M dapat membaca gerakan sulit ini. Lantas dia umum menyokong pembebasan segera Anwar. Konspirasi dalaman PPBM telah bermula.
Mohd Puad Zarkashi
K7L : Muhyiddin dah mula rasa insecure?..
0 ulasan:
Post a Comment