07/12/2017

DAP Tangan Ghaib Kerajaan Selangor - Ketua Pemuda Kuala Langat!



[KISAH PARA PEMBAHAS DAN JURUCAKAP PEMUDA CABUT UNDI]

1. Selangor

2. Pulau Pinang

3. Kedah

4. Kelantan

5. Wilayah Persekutuan


Negeri-negeri adalah negeri yang tewas Adakah satu kebetulan atau suratan? Atau adakah satu petunjuk yang hendak disampaikan oleh RABBU JALIL – Surah Al Qasas ayat 56;

“Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakinya dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk”.

Apa yang dapat kita lihat adalah; 5 negeri INI PERNAH KALAH tersebut 4 kalah dan 1 pernah kalah. Kenapa ia tersusun sedemikian rupa?

Ini menyebabkan saya rasa sebak. Apakah ini alamat dari Allah SWT buat kita semua? dan beritahu bahawasanya kita harus berjuang dan selamatkan tanah Bani Tamim ini daripada terus diinjak puak khawarij.


1. Rejim Ubah Selangor!

Tuan Pengerusi Tetap

Selangor hari ini berada didalam keadaan yang sangat bergelora. Dan dalam kegeloraan ini kita harus mengambil kesempatan untuk keluar daripada pemerintahan penuh tipu daya yang mereka lakukan terhadap rakyat. Maka dengan itu Pemuda Selangor menitikberatkan banyak aspek dan dapat disimpulkan beberapa perkara yang dapat disampaikan melalui perbahasan ini.

Saya menyentuh tentang Kerajaan Negeri Selangor yang kini dimomokkan dengan gelaran ‘Kerajaan Rakyat’ selepas mereka menawan Selangor. Tetapi setelah dua penggal BN tidak dipilih di Selangor, telah terbukti DAP adalah tangan ghaib yang mengawal pentadbiran dan pembangunan di Selangor. Azmin Ali yang dipilih oleh PAS sebagai calon kegemaran tetap dijadikan Boneka oleh DAP. Buktinya ada!

Speaker Dewan Undangan Negeri,YB Hannah Yeoh daripada DAP telah menolak usul berkenaan memperkasakan mahkamah syariah di Selangor! Orang yang sama juga menolak usul berkenaan kemurkaan Sultan Selangor terhadap kenyataan Mahathir! Apa Azmin buat? Ibarat pekak tiada gegendang ibarat bisu tidak berlidah!

Bayangkan pandangan DAP seakan 'mengawal' Dewan Negeri. Memang betul MB Selangor daripada PKR tetapi cuba lihat siapa jadi Speaker? Dan dengan kuasa yang ada bagaimana DAP layan 'kehendak Melayu dan Islam'? Komposisi ADUN untuk Blok Pembangkang di Selangor 14 DAP – 13 PKR – 13 PAS – 2 PAN menjadikan ‘King of Selangor’ yang memerintah Kerajaan Negeri adalah DAP itu sendiri.

Kita lihat bagaimana Harga perumahan di Selangor khususnya berkait rapat dengan dasar Kerajaan DAP Selangor yang lebih menguntungkan Kapitalis.

Sebagai pembawa wadah orang muda, isu rumah bukanlah satu perkara yang perlu dipandang enteng. Maka dengan itu Pemuda Selangor berhasrat untuk mengembalikan semula kuasa PKNS! Inilah satu badan yang ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964.

Memetik visi dan misi sebenar PKNS, badan ini ditubuhkan untuk membina sebuah komuniti yang dapat memperkasakan kehidupan rakyat Selangor seiring dengan pembangunan sedia ada dalam merealisasikan impian rakyat Selangor itu sendiri.

Apa yang dapat kita olah adalah bagaimana PKNS ditubuhkan untuk membantu menstabilkan kehendak rakyat dalam aspek pembangunan hartanah, pembangunan perdagangan, pembangunan perindustrian dan pelaburan.

Erti kata lain PKNS satu badan yang mampu menyekat pemaju daripada menaikkan harga ikut suka hati mereka! PKNS sepatutnya menjadi jambatan diantara pemaju dan pembeli. Rumah Mampu Milik yang sepatutnya dibuat bukan lagi kos rendah tetapi kos sederhana.

Namun sayang seribu kali sayang PKNS kini tidak berfungsi mengikut apa yang sepatutnya. Sebab itu Pemuda menekankan supaya kita berjanji kepada rakyat harga rumah akan turun di Selangor jika kita ambil semula Selangor! Buktinya Kerajaan Pusat mampu membina rumah PR1MA dengan harga yang berpatutan. Belum saya kira lagi bagaimana Kementerian Wilayah Persekutuan mampu membina rumah transit dan rumah sewa milik. Bukti yang mengatakan sesebuah kerajaan mampu mengawal harga rumah itu ada.

Maka kita kira isu perumahan merupakan ‘core’ isu bagi anak muda di Selangor dapatlah kita dahulukan perkara tersebut. Kembalikan PKNS kepada fungsi asalnya dan memastikan generasi TN50 akan datang di Selangor tidak berhadapan dengan masalah perumahan lagi.

2. Membentuk Anak Muda TN50

Tuan Pengerusi Tetap,

Apabila menyebut tentang Harapan anak muda, selepas perumahan sudah tentu apa yang menjadi kehendak anak muda adalah peluang pekerjaan. Pemuda UMNO Selangor ingin menekankan ucapan TPM pada pelancaran sayap malam semalam, kecenderungan anak muda melihat Revolusi Industri 4.0 adalah ancaman pada peluang pekerjaan yang mendatang ini perlu diperhalusi dengan berhemah.

Pemuda UMNO Selangor menyokong penuh dasar TN50 sebagai wadah generasi masa depan dalam memastikan Malaysia seiring dengan pembangunan dunia baru. Melihat dasar ini dari sudut yang lebih positif adalah amat penting.

Bagi menjayakan Revolusi Industri, anak muda masa kini perlu mempersiapkan diri mereka dengan ilmu koding dan programming. Harus kita puji usaha baik Kerajaan dalam pembentukan Persekolahan Digital (Digital Schooling) yang merupakan suatu inisiatif baharu bagi memperkasa ilmu koding agar dapat diterapkan seawal usia yang muda dalam silibus pembelajaran yang akan datang. Perubahan dekad telah menuntut kita untuk menerima perubahan sistem pendidikan konvensional kepada ‘Pendidikan Digital’.

Di samping itu, usaha telah dilaksanakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam menjayakan Revolusi Industri 4.0 ini selaras dengan pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat, inovasi untuk golongan belia dengan penganjuran jelajah JOM KODING yang dipandu oleh Saudara Shahril Sufian Hamdan, Exco PPUM yang melihat dasar ini akan menguntungkan pelbagai pihak menerusi Revolusi Industri 4.0 menjelang TN50.

Pemuda UMNO Selangor yakin dengan penerapan ilmu koding ini mampu meletakkan Malaysia untuk tidak lagi menjadi ‘receiver’ tetapi sebagai ‘player’ utama dunia digital. Sebagai contoh, pelancaran Digital Free Trade Zone yang dilancar oleh YAB PM dengan Ikon Usahawan Antarabangsa, Jack Ma telah membuka peluang pada anak muda untuk memulakan perniagaan secara atas talian yang lebih menguntungkan pelbagai pihak.

Transformasi negara dilaungkan YAB Presiden pertama kali di PWTC ini sewaktu PAU 2015, adalah transformasi holistik bukan bersifat kosmetik. Dan sebagai contoh, tidak lagi istilah peremajaan parti dengan cat uban di kepala atau sekadar berswafoto. Alhamdulillah pengerusi perhubungan negeri dah tak cat rambut.

Transformasi Nasional dimulakan melalui parti UMNO itu sendiri dan Pemilihan YB KJ sebagai peneraju utama TN50 dalam mencari aspirasi rakyat adalah tepat.

3. Fikir Untuk Menang – Ubah Untuk Senang

Tuan Pengerusi Tetap,

Menyedari bahawa PRU14 merupakan satu masa depan yang penting untuk generasi muda, maka Pemuda UMNO Selangor menyeru perwakilan Pemuda seluruh negara samada yang berada didalam dewan ini mahupun di seluruh tanah air yang kalau dihitung hampir 700 ribu orang perlu meletakkan minda untuk menang. Kita kena berubah dan buang cakap-cakap kosong yang mencari salah orang lain. Kita terus dan terus mencari solusi dalam memastikan kemenangan penuh milik Barisan Nasional.

PRU14 adalah satu medan perang Jihad untuk orang Melayu dan Islam. Ini bukan omong kosong! Beritahu saya daripada kepimpinan pembangkang siapa yang mahu bercakap demi kelangsungan Islam? Zaid Ibrahim kata baru-baru ini bahawa cadangan Solat Berjemaah di Sekolah sebelum pulang ke rumah adalah satu perkara yang membebankan dan menyusahkan pelajar. Yang jelas tiada daripada PKR-PAN-PPBM yang membidas kenyataan tersebut atas dasar sesama mereka. Ini soal Islam. Sebab itu saya tekankan medan PRU14 ini adalah jihad politik Islam di Malaysia!

Tuan Pengerusi Tetap,

Realiti bagi Pemuda akar umbi, bahkan bukan sahaja Pemuda tetapi Wanita dan Puteri sentiasa menjadi nadi rakyat dalam menghidupkan kariah, menjadi tempat rujukan dan berkhidmat bakti. Di Selangor sendiri boleh dilihat di kawasan kampung-kampung, kawasan perumahan taman dan sebagainya. Tidak akan kelihatan kelibat Pemuda AMK, Pemuda PAN, Pemuda PAS. Hakikatnya Pemuda Umno lah yang tidak pernah jemu untuk mendekati rakyat.

Dalam seru semangat yang serupa, marilah kita membulatkan tekad, untuk bersedia menghadapi PRU-14. Tempoh yang kosong seharusnya diisi dengan menyusun strategi dan berjuang menghadapi kemaruk quasi-liberal Pakatan Harapan. Pemuda sebagai agen survival parti harus turut serta mengembleng tenaga dalam memastikan keluh kesah anak muda diambil perhatian.

YAB Presiden pernah berkata, “Tidak ada yang mustahil jika kita mampu mengimpikannya, sesungguhnya hari-hari yang terbaik kita masih berada di hadapan kita bukannya sudah tinggal dalam lipatan sejarah.” Jalan di hadapan masih panjang, dan harus kita tempuhi demi mengangkat martabat bangsa dan negara ke persada dunia.

Sahabat sekalian, dalam ‘Mind Setting’ untuk membawa ‘Winning Mentality, perkara asas yang perlu kita letak adalah Sami’na Waa to’na. Kita dengar dan kita patuh kepada ketua selagi mana ianya tidak memesongkan akidah. Kita harus letak kepercayaan kepada kepimpinan YAB Presiden yang menentukan Calon PRU14 UMNO melalui 14 piawaian. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Kita Pemuda alah bisa tegal biasa. Yang utama menang Pilihanraya. Era politik masakini menuntut kita mendakap kaedah baru yang progresif. Jadi kita kena amalkan politik perpaduan.

Cara lama sudah tidak boleh kita aplikasikan lagi dalam usaha kita meredah gelora zaman penuh mencabar ini. Tiupan angin bencana buatan pembangkang, sentiasa mengancam keutuhan kita; maka kini bukanlah masa untuk kita bercelaru, bertikam-lidah, berpecah-belah, membela ego dan menerjah asas perjuangan parti.

Tunjukkan kepada mereka bukti kesungguhan Barisan Nasional dan UMNO untuk mengangkat martabat rakyat.

4. Penutup – Gendang Dipalu Untuk PRU14

Sudah tiba masanya!

Buanglah yang keruh, ambil yang jernih. Pasangkan puisi-puisi nasionalis yang bergema, pada setiap detik, di gegendang telinga kita. Ingatlah pesanan generasi pengasas parti kita. Apa yang berlaku hari ini adalah igauan buruk mereka suatu ketika dulu

Gendang PRU14 telah berbunyi. Tak perlu tunggu hari esok untuk pastikan kita siap siaga menghadapi pilihanraya. Mari bersatu dan bantu Panglima Perang kita untuk memastikan Putrajaya kekal sebagai milik kita dan merampas semula negeri-negeri yang sedang dimusnahkan pembangkang.

Dalam dunia penuh cabaran dan polemik perpecahan yang sedang berlaku, kita juga harus berjuang di atas landasan yang sama dengan YAB Presiden untuk memenangi hati rakyat. Jalan perjuangan kita agak sukar apabila pihak lawan tampak begitu bersungguh-sungguh, untuk mempengaruhi rakyat dengan macam-macam helah dan kantung janji.

Wahai Pemuda

Di bawah langit Mudzalifah kita bersaksi

Selama nyawa dikandung badan

Selagi jasad dikandung tanah

Innallaha la yughayyiru ma bi qoumin, hatta yughayyiru ma bi anfusihim

Bangun Pemuda Selangor, Bangun Pemuda Pulau Pinang, Bangun Pemuda Kelantan, Ayuh Bangun semua Pemuda!

Ayuh kita angkat kebangkitan Pemuda hingga ke akhir masa! Demi perjuangan agama dan bangsa, kau tiupkan angin perjuangan menyalakan api semangat untuk menang, genggamlah bara sehingga jadi abu, Terus pasak perjuangan dalam hati. Yakinlah ini pengorbanan kita untuk bangsa dan masa depan.

Hidup mati kami untuk agama! Bangsa dan negara

Takbir

Hidup Pemuda!

Hidup UMNO!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk