Semalam mendapat mesej dalam group Amanah, SU meminta ahli² Amanah turun berdemo di hadapan kedutaan U.S.
Saya terpaksa megambil cuti mengejut memandangkan ini adalah suatu manifestasi besar penentangan terhadap Zionis Israel dan Donald Trump U.S. Saya bersama seorang kawan bergerak ke kedutaan, dan di tengah² ribuan penyokong parti Pas, kami bertemu Y. Bhg Ustaz Ahmad Awang yang ditemani dua orang berumur 40an berpakaian awam (India Muslim). Kami berkumpul bersama sehingga berjumlah hampir 20 orang.
Saya zahirkan perasaan malu utk mengeluarkan bendera Amanah di tengah belasan ribu penyokong Pas, sebetulnya saya silap memakai baju Amanah. Kami hanya berada sekelompok memekakkan telinga kerana pentas bergerak (Hilux) Pas berada dekat dengan kami.
Saya amat kesal dengan sikap pimpinan terutamanya Tn Hj Anuar Tahir yang sebelumnya menulis memo arahan berdemo, padahal batang hidung beliau langsung tidak kelihatan. Saya juga amat kesal panglima perang demo seperti Tn Hj Presiden, Dr Hatta, Yb Khalid dan semua pimpinan tidak langsung cakna dengan program yang diarahkan.
Bilangan kami yang amat sedikit, tidak memungkinkan kami berani meminta ruang berucap di pentas bergerak Pas atau umno, sedangkan semua Ngo dan wakil mahasiswa diberi peluang berucap. Apa yang mampu kami lakukan ialah mengadakan FB Live Ustaz berlatar belakangkan penyokong Pas. Suatu waktu port kami dihimpit oleh kumpulan Ngo Perkasa. Kumpulan kami terburai apabila Perkasa membakar patung Donald Trump, dan polis datang menyuraikan kekecohan tersebut.
Akhir kalam, kami amat kesal dengan sikap lepas tangan pimpinan dan membiarkan Ustaz Ahmad Awang keseorangan. Maaflah untuk masa hadapan, malu ini masih menempek muka, apatah lagi lensa kamera yang dihala kepada kami seperti sinis mentertawakan kumpulan kami yang amat kecil.
Ahmad Mazlan
Cheras Baru
8/12/2017
0 ulasan:
Post a Comment