15/12/2017

Tembelang DAP Terbongkar Lagi - Jual Tanah Walau Belum 10 Tahun Berkuasa!



DAP telah menunjukkan wajah sebenar mereka yang mementingkan kekayaan daripada kepentingan rakyat. Tak sampai 10 tahun mentadbir Pulau Pinang, DAP didakwa telah menjual 2,178 hektar tanah kerajaan negeri kepada pihak swasta.

Ini bermakna, rakyat Pulau Pinang kehilangan 20.4 hektar tanah sebulan atau 0.68 hektar setiap jam sepanjang 9 tahun lalu. Jumlah itu jauh berbeza dengan BN yang 40 tahun mentadbir Pulau Pinang, hanya 1.074 hektar yang telah dijual.

Kerakusan DAP itu kerana kelemahan tokong Lim Guan Eng mentadbir. Sejak dia menjadi KM, kos pentadbiran negeri telah naik mendadak kepada 500%. Untuk menampung kos itu, dia memperkenalkan cukai baharu dan 4 kali menaikan caj air. Malah, Pulau Pinang satu-satunya negeri yang mengenakan caj parkir sehingga jam 12 malam.

Jika DAP mendapat peluang mentadbir Putrajaya sudah pasti banyak khazanah negara akan tergadai termasuklah tanah-tanah rezab Melayu kerana matlamat parti cauvinis itu adalah menghapuskan keistimewaan orang Melayu dan mewujudkan negara sekular yang tidak mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan.

K7L : Rakus....

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk