15/12/2017

Mahathir Tuntut Bebaskan Penjenayah Untuk Kuasa?



Anwar dan penyokongnya dianggap hilang akal jika mempercayai Tun M adalah ikhlas dan serius mahu Anwar dibebaskan.

Tun M hanya berlakon. Dia pakar U turn. Anwar dipenjara kerana perbuatan jenayah setelah melalui proses perbicaraan yang panjang. Bertahun dan berbelas kali penangguhan.

Anwar tidak boleh mudah lupa. Dia dulu ditahan oleh Tun M bermula dengan ISA. Rumahnya diserbu dengan kasar. Matanya lebam dan Tun M dakwa Anwar pukul sendiri matanya sampai lebam. Itu tahanan bermotif politik.

Anwar dulu dipecat dan ditahan kerana buku 50 Dalil. Tun M percaya buku itu. Anwar sekarang dipenjara kerana Saiful Bokhari sendiri yang membuat aduan. Lagi pun Anwar hanya tinggal beberapa bulan sebelum bebas. Kenapa diperingkat awal dulu dia tidak memperjuangkan pembebasan Anwar? Kenapa sekarang? Sudah tentu kerana politik. Bukannya Anwar dipenjara kerana politik tetapi Tun M cuba mempolitikkan disaat kritikal ini pembebasan Anwar.

Sebenarnya Tun M sudah kehabisan isu untuk menjatuhkan Najib sebelum PRU ke 14. Isu 1MDB gagal. Maka isu Anwar dipenjara cuba dipanaskan untuk mendapat simpati rakyat. Tun M lupa sejak dia berkawan dengan Lim Kit Siang yang mahu menjadi Perdana Menteri imejnya sudah tercalar dan tidak lagi boleh dipercayai.

K7L : Kelakar sungguh Madey ini..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk