21/12/2017

PAN Tunggang Kemenangan Aisyah Di GGV4?



Pemimpin-pemimpin parti PAN menumpang populariti penyanyi Aisyah yang baru memenangi acara nyanyian Gegar Vaganza semalam. Antaranya adalah Presiden PAN sendiri, Mat Sabu dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Khalid Samad dipetik berkata,

Kita harap aura Aisyah dapat tarik pengundi muda dan atas pagar dan insya-Allah sejauh mana Aisyah sendiri sanggup menyumbang bersama dalam kempen, kita akan bantu dia sekali, semua orang saya rasa ada niat melakukan kebaikan.

Gegar Vaganza bukanlah satu medan nyanyian orang muda. Gegar Vaganza adalah gelanggang penyanyi lama. Tidak pasti bagaimana Khalid Samad mengharapkan golongan muda yang tidak 'lalu' menonton rancangan ini untuk mengidolakan Aisyah.

Kedua, rancangan nyayian untuk artis lama juga menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM100 ribu. Diharap Aisyah esok lusa tidak lagi melalak di pentas ceramah PAN, Malaysia akan bangkrap.

Ketiga, Astro secara terbuka memberi peluang kepada penyanyi dari pembangkang menyertai dan seterusnya memenangi rancangan Gehar Vaganza ini. Tiada halangan dari Kerajaan Pusat. Zalim lagikah Kerajaan yang ada sekarang?

Adakah Aisyah akan mendapat peluang yang sama sekiranya 'Self Proclaimed Top Dog" Pakatan Harapan masih berkuasa? Sebut siapa Mahathir pun kena gam.

K7L : Blogger CTS hentam memang power..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk