16/12/2017

Kecoh Pasal IMAMS Dan GST! - Part 2


Maklumat 2 - Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia


SISTEM IMAMS : RM40 UNTUK INSURAN DAN RM45 UNTUK KHIDMAT PENGURUSAN BAGI MENGELAKKAN RAKYAT TERUS DITIPU AGEN UMRAH PALSU

1.Banyak yang mengeluh bila mendengar tentang Sistem Imams yang digunakan untuk UMRAH dicaj sehingga RM90.10 (termasuk gst) bila pengumuman dibuat pagi tadi. Malah ada yang dah mula menyiarkan sewaktu sebelum pc dijalankan.

2. Penipuan demi penipuan umrah yang berlaku melibatkan ribuan jemaah yang terkandas dan kerugian jutaan ringgit menyebabkan kami Melalui Majlis Kawal Selia Umrah kami memutuskan untuk melakukan penambahaikan bagi sistem pengurusan Jemaah Umrah ini. Ianya merupakan satu lonjakan transformasi dalam pengurusan kawal selia Umrah di Malaysia secara total yang menutup ruang-ruang penipuan pakej Umrah di sepanjang nilai rantaian pengendalian Umrah dan memperkasakan aktiviti pemantauan, penyiasatan dan penguatkuasaan pengendalian pakej Umrah yang berada di pasaran secara sistematik dan teratur.

( statistik dari KPDNKK menunjukkan terdapat 3,762 Kes dengan nilai tuntutan berjumlah RM23,164,370.47 yang telah difailkan dari tahu 2012 hingga Oktober 2017 dibTribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) )

3. Untuk itu, pelaksanaan Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu atau Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) berkuatkuasa hari ini ke atas semua 65 agensi pelancongan berstatus Muasassah di Malaysia yang dilesenkan dengan Lesen Khas Umrah sejak 1 Oktober 2017.

4.Malah Kerajaan Malaysia turut mendapat persetujuan dan sokongan pihak Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur ke atas pelaksanaan Lesen Khas Umrah dan penggunaan Sistem IMAMS ini. Mulai 15 Disember 2017, Sistem IMAMS adalah satu-satunya akses rasmi kepada permohonan Visa Umrah yang akan diproses oleh Konsul Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia.

5. Pelaksanaan sistem IMAMS ini akan mengatasi dan menutup ruang-ruang penipuan di dalam rantaian pelaksanaan pakej Umrah daripada terus berlaku melalui pengwujudan:

i. pangkalan data dan proses pemantauan induk ke atas pengendalian pakej Umrah di Malaysia;

ii. platfom memohon kelulusan pakej Umrah dan iklan oleh Kementerian sebelum ianya dipasarkan kepada orang awam;

iii. integrasi pangkalan data pendaftaran Pegawai Pemasaran Umrah yang dilantik agensi pelancongan berlesen;

iiii. pemberian akses kepada semua pihak berkepentingan khususnya Kementerian dan jemaah itu sendiri dengan maklumat secara langsung untuk menyemak status semasa tempahan mereka; dan

v. notifikasi pengemaskinian maklumat secara berkala setiap pelaksanaan tempahan item di dalam pakej Umrah terutamanya tempahan berkaitan penerbangan, penginapan, permohonan Visa Umrah dan insurans takaful jemaah yang telah dipertanggungjawabkan kepada agensi pelancongan.

6. Pelaksanaan sistem IMAMS ini melibatkan caj pada kadar RM45/jemaah. Kadar tersebut adalah yang paling rendah di dunia berbanding negara-negara lain yang mengguna pakai sistem seumpamanya dalam menguruskan jemaah Umrah seperti di Jordan, Mesir dan Sudan. Sistem IMAMS ini juga adalah komprehensif, bersepadu dan juga bersesuaian (compatible) dengan sistem milik Kerajaan Arab Saudi yang membolehkannya dihubungkan secara terus khususnya dengan sistem Kementerian Luar Negeri Arab Saudi bagi permohonan Visa Umrah.

7. sistem IMAMS ini dapat memastikan setiap jemaah umrah turut dilindungi insurans takaful Umrah dengan perlindungan insurans. Sistem IMAMS menawarkan perlindungan takaful yang komprehensif kepada agensi pelancongan bagi jemaah kendaliannya pada kadar premium yang munasabah iaitu RM40/jemaah. Kadar ini adalah terendah di pasaran bagi skim takaful perjalanan yang komprehensif dan memenuhi kehendak Kementerian.

(Kalau sekiranya ada travel agent mempunyai pihak insurans yang boleh menawarkan dengan harga yang lebih murah TETAPI PERLINDUNGAN YANG SAMA ATAU PERLINDUNGAN YANG LEBIH BAIK, maka mereka boleh usulkan dengan pihak kementerian untuk kelulusan.) antara coverage Insurans Takaful ini ialah

1. perlindungan sewaktu kemalangan diri termasuk khairat kematian.

2.Perlindungan sewaktu kesulitan perjalanan( kehilangan bagasi/ barang peribadi)

3.Perlindungan Perubatan

4.Perlindungan khidmat pemindahan kecemasan.

5.Perlindungan bayaran balik sepenuhnya deposit tiket perjalanan sekiranya pembatalan perjalanan berlaku yang bukan disebabkan visa ditolak.

Secara rumusannya, caj keseluruhan yang terlibat bagi penggunaan sistem IMAMS ini dan perlu dimasukkan ke dalam harga pakej Umrah sedia ada bagi setiap jemaah adalah sebanyak RM90.10 (termasuk GST RM5.10).

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melaksanakan inisiatif ini di bawah payung Majlis Kawal Selia Umrah dalam pelaksanaan LKU dan penggunaan Sistem IMAMS pada hari ini dapat menambah baik pengendalian industri Umrah dan seterusnya membanteras sebarang manipulasi dan penipuan pakej-pakej Umrah demi menjaga kepentingan agama, negara dan umat Islam di Malaysia.

Mohon kongsikan buat semua sahabat dan saudara-mara.

Terima kasih
Mas Ermieyati Samsudin
Pengerusi Majlis Kawal Selia Umrah
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk