18/12/2017

Terima Anugerah Tertinggi Bahrain, Bukti Semua Dakwaan Pembangkang Karut!



Ia merupakan satu detik yang amat bermakna kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakyat Malaysia apabila beliau telah menerima anugerah King Hamad Order for Development daripada Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa. 


Anugerah berkenaan merupakan anugerah tertinggi yang dikurniakan oleh kerajaan Bahrain. Menurut Duta Besar Malaysia ke Bahrain, Agus Salim Yusof, anugerah itu diwujudkan dua tahun lalu dan penerima-penerima sebelum ini hanya terdiri daripada rakyat Bahrain sahaja.

Ternyata, anugerah berkenaan merupakan satu penghormatan tertinggi kepada Perdana Menteri dan lebih bermakna ia menunjukkan Bahrain mengiktiraf sumbangan Perdana Menteri terutama dalam dunia Islam.

Jika kita lihat, Malaysia antara negara yang paling lantang menyuarakan mengenai isu-isu agama. Lihatlah bagaimana Najib membawa suara dan ketegasan Malaysia mengenai Rohingya dan Palestin.

Malah Datuk Seri Najib adalah sesatunya Perdana Menteri Malaysia yang menjejakkan kaki ke bumi Palestin. Lihat juga bagaimana dunia luar memperakukan apa yang dilakukan oleh Malaysia. Dalam isu Myanmar umpamanya.

Bermula dengan Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya, di Stadium Taman Tasik Titiwangsa pada 4 Disember tahun lalu, momentum perjuangan Najib untuk membela nasib etnik Rohingya tidak pernah padam dan terus menyala.

Bukan sekadar menyuarakan pandangan dan kebimbangan, namun Perdana Menteri juga meneruskan langkah susulan untuk merealisasikan perjuangan tersebut. Beliau kemudiannya telah membawa isu kekejaman junta Myanmar ke atas Etnik Rohingya dalam pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump pada 14 September lalu di White House, Amerika Syarikat (AS).

Hasil pertemuan dan perbincangan itu, akhirnya AS membuka mata dan telah menghantar Setiausaha Luar Amerika Syarikat, Rex W. Tillerson ke Myanmar bagi melihat sendiri penderitaan yang dialami oleh etnik Rohingya di sana.

Di Cox Bazar, Bangladesh, kerajaan Malaysia turut memberikan bantuan. 13 Oktober 2017, kerajaan Malaysia menyumbang RM3.5 juta untuk membina hospital kem pelarian Rohingya di Kutupalong, Bangladesh.

Begitu juga dalam isu Palestin. Meskipun Najib mempunyai hubungan baik dengan Trump, namun beliau tidak berasa bimbang dan takut untuk meluahkan kemarahan umat Islam apabila Baitulmaqdis diiktiraf sebagai ibu kota Israel oleh AS.

Najib malah lebih lantang dan menegaskan beliau tidak akan berdiam diri dalam isu berkenaan. Bukan itu sahaja, penganugerahan ‘King Hamad Order for Development‘ mencatatkan rekod apabila Najib merupakan pemimpin asing pertama dikurnia anugerah tertinggi Bahrain itu.

Jika ikut logik pembangkang, sudah pasti Najib tidak layak menerima anugerah berkenaan kerana beliau dituduh korup tetapi ternyata ia tidak benar. Jika betul Najib korup, adakah Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa akan menjemput Najib ke Istana Shaik Hamad untuk menerimanya?

Dengan pengiktirafan ini, ia sekali gus menolak dakyah palsu pembangkang yang mengaitkan Najib dengan rasuah. Sekali lagi pembangkang termalu kerana ternyata serangan dan tindakan mereka memburukkan imej Najib hingga ke luar negara tidak berjaya.

Sama juga seperti isu derma RM2.6 billion dari Arab Saudi, kalau betullah duit itu dicuri dan dirompak dari Arab Saudi, mengapa Raja Salman datang dan bertemu Najib di Malaysia?. Malah membuat pelaburan besar lagi sejumlah RM30 billion di Penggerang.

Sebaliknya pembangkang pula yang mengalami `malu' yang amat sangat. Bila Raja Salman datang ke Malaysia, kenapa Mahathir tidak tanya terus kepada Raja Salman?

Lihat sahaja pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad, yang kini menerima cemuhan apabila beliau bersama dengan peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley menggesa supaya Anwar Ibrahim dibebaskan.

Ternyata Mahathir yang sudah berusia 93 tahun itu telah nyanyuk sebenarnya. Mahathir lupa agaknya pada 1998, beliaulah yang menyumbat Anwar ke dalam penjara dengan menuduh Anwar melakukan liwat dan salah guna kuasa.

Kini Mahathir sudah menukar nada apabila beliau sendiri yang memperjuangkan pembebasan Anwar. Adakah individu yang tidak mempunyai pendirian ini mahu diangkat dan diberikan anugerah oleh negara luar? Sudah tentu tidak sama sekali.

Pemberian anugerah tertinggi dari Raja Bahrain ini satu pengiktirafan tertinggi buat Malaysia. Bukti apa yang pembangkang cakap adalah tidak betul. Imej Najib dan Malaysia semakin baik di kalangan dunia Islam.


K7L : Respect My PM..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk