17/12/2017

IMAMS Batal - Tapu Tahukah Anda Kebaikan IMAMS?



IMAMS akan dibatalkan namun begitu Keris agak bersetuju dengan pandangan daripada orang yang mengkaji isu tersebut. 

Menurutnya :

Selama ini.. lebih kurang 240k-400k jemaah dari malaysia yang mengerjakan umrah dalam setahun. Sebagai makluman, jumlah yang memohon adalah lebih daripada 800k pemohon yang mana hanya segelintir sahaja yang lulus (lebih kurang 200k - 300k jemaah) kerana syarat2 ditetapkan Kerajaan Saudi tidak dipenuhi.

Untuk kelulusan visa, travel agent mengenakan bayaran antara RM250 - RM600 seorang. Bagi pemohon yang tidak lulus permohonannya, bayaran sebanyak RM50 - RM100 dipotong dari jumlah wang pendahuluan. Tahukah anda sekiranya RM50 diambil dari permohonan yang TIDAK LULUS, maka sebanyak lebih kurang 500k pemohon yang tidak berjaya ini, kutipan berjumlah sekurang2nya RM25 juta telah dikutip oleh agen-agen ini setiap tahun (hanya untuk permohonan tidak berjaya ini).

Jumlah sebenar caj visa adalah RM67 sahaja (mengikut website) dan sebaliknya agen2 mengutip sehingga RM250 - RM600 seorang? Bayangkan ada tahun2 yang mana jumlah jemaah umrah mencecah ke 400k jemaah setahun. Dengan untung kasar serendah RM180 seorang bagi yg lulus, keuntungan dikaut travel2 agen ini berjumlah lebih RM52 juta, hanya dari proses mendapatkan visa.

Ini tidak termasuk caj serendah RM50 bagi pemohon yang tidak lulus dimana sejumlah sekurang2nya RM25 juta juga dikutip. Perlu diingat, ini adalah keuntungan yang diambil hanya dengan membantu permohonan visa dimana kos hanyalah seorang despatch dan mungkin seorang kerani untuk mengumpul passport/dokumen/wang dan menghantar ke travel agent pengendali (hanya 3 travel agent dibenarkan berurusan dengan saudi embassy).

Melalui sistem online ini, permohonan visa dikenakan bayaran RM90.10 hanya sekiranya LULUS, yang mana ini termasuk Insurans sebanyak RM40 yang diwajibkan oleh Kementerian Pelancongan kerana terdapat sangat banyak kes dimana jemaah jatuh sakit di Saudi, ditinggalkan sahaja di hospital disana oleh travel agent (bukan semua) tetapi kerap kali kejadian dimana kerajaan Malaysia terpaksa bertanggungjawab untuk membawa pulang jemaah2 yang malang ini. Begitu juga kes2 kematian dan kecederaan.

Sistem ini juga, terdapat ruangan aduan di apps berkenaan. Sekiranya jemaah diberikan hotel berlainan daripada yang dijanjikan, kenderaan berlainan dari dijanjikan dan lain2 aduan, sekiranya didapati benar, motac berhak memberi amaran, menggantung atau membatalkan lesen LKU pengendali berkenaan bagi memastikan agen-agen lebih bertanggungjawab.

Sistem apps yang digunakan, adalah melalui kerjasama dengan Syarikat Safa dari Arab Saudi, pemilik sistem online visa application yang telah diluluskan oleh kerajaan Saudi dan kedutaan Saudi dengan Syarikat OPG Group dari Malaysia. Sistem ini mengintegrasikan kelima-lima sistem visa application muassasah online sediada di Saudi, menyebabkan travel2 agent boleh menggunakan mana-mana muassasah di Saudi yang berdaftar dengan kerajaan Saudi.

Sistem juga mewajibkan travel agent perlu memasukkan harga pakej umrah, dimana pakej dibawah RM5k adalah mustahil untuk dibenarkan. Ini kerana sekiranya jemaah ditipu atau tidak mendapat apa yang dijanjikan, melalui aduan online, jika sabit kesalahan, tindakan tegas akan diambil.

Terdapat button "panik" di dalam apps tersebut. Jemaah boleh menekannya sekiranya ditimpa kesusahan seperti sesat, sakit, kemalangan dan sebagainya. Jemaah boleh dikesan melalui sistem gps di fon dan apabila sahih kesusahan yang dihadapi setelah ditelefon semula, travel agen akan dihubungi supaya dapat membantu jemaah yang dalam kesusahan tersebut.

Adalah tidak mustahil, ramai travel agen yang tidak setuju perlaksanaan sistem ini kerana telah lama menikmati keuntungan hanya dari permohonan visa ini. Ada syarikat2 yang tidak membuat pakej umrah pun, sebaliknya hanya mengaut keuntungan dgn upah membuat visa sahaja. Ini tidak dibenarkan oleh kerajaan Saudi dimana kelulusan visa hanya diberi kepada jemaah yang telahpun menempah tiket dan hotel. Bagaimanapun, kerapkali jemaah mendapat hotel2 yang jauh dan tidak seperti yang dijanjikan oleh travel agen.

Walaubagaimanapun, sistem online ini dipercayai lebih berkesan dalam memantau jemaah Malaysia dan mengelakkan jemaah dan pemohon dari kejadian2 ditipu oleh segelintir agen-agen ini.
Kini pemohon atau jemaah boleh monitor kelulusan visa dari apps masing2 dan sangatlah boleh membantu disaat kesusahan di Tanah Suci melalui Insurans yang ada, aduan online, komplen mengenai travel agent dan kegunaan panik button.

Terpulang kepada jemaah Malaysia yang mahukan jaminan dan keselesaan melalui pemantauan ini ataupun dibiarkan sahaja diperdaya oleh sesetengah travel agen ini. Sistem online seperti myeg dan lain2 sudah tentu memberi impak kepada sesetengah peniaga yang mengambil keuntungan dengan melakukan perniagaan perkhidmatan penghantaran visa mereka selama ini, walaubagaimanapun, penggunaan sistem online dapat memudahkan dan memberi lebih banyak kelebihan kepada jemaah2 dari Malaysia.

K7L : Jauh di sudut hati..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk