Mohd Nuzul Fadli atau “Aboy’ tidak bekerja. Sering mengikut Azmin ke mana saja. Kenderaaan mewah, gaya mewah, percutian mewah, hobi mewah dan rumah juga mewah hingga harga RM2 juta. Hebat Azmin melahirkan anak muda jutawan. Sejak 2014 lombong pasir haram di Kajang tapi tiada Azmin, Kerajaan Negeri dan PBT tak nampak. Mereka tutup mata. sebab apa? ‘Anak Saudara Azmin’
chegubard – 1. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Pelanduk sentiasa melupakan jerat tapi jerat tak pernah melupakan pelanduk. Begitulah apa yang berlaku kepada Azmin Ali Menteri Besar Selangor. Segala macam rasuah dan salah guna kuasa di Selangor dia hanya berdiam diri. Walaupun isu pegawai khasnya Hilman Idham dan perbagai kes didedahkan di masih sempat melepaskan diri kerana berjaya memainkan peranan sebagai agen dengan mengikut skrip. sila klik Chegubard.
4. Azmin cuba mengalihkan isu dengan menyatakan ia konspirasi ke atas dia hanya kerana beberapa pihak mendedahkan awal mengenai tindakan SPRM terhadap anak saudaranya.Sebenarnya SPRM lambat bertindak dan sangat lembab, buka mata pendedahan mengenai rasuah Azmin berlambak-lambak dalam blog ini berkaitan tanah Paya Indah Wetlands Lot 68054, Splash, Hilman Idham, Manikavasagam, Adam Rosly malah pendedahan terhadap Shafie Apdal dan adik-adiknya dalam kes rasuah KKLW sudah dilakukan setahun yang lalu. Ada bukti jadi tindakan SPRM menangkap pelaku rasuah dan salah guna kuasa adalah tepat. Sekadar maklumat di mana-mana kita boleh memperolehinya. Tidak ada isu. Sila klik Kenyataan Azmin
5. Dilaporkan SPRM sudah mendapat maklumat lanjut mengenai beberapa lagi anggota keluarga Azmin yang sangat kaya – raya antaranya ialah ‘sumbangan Aboy’ ketika sesi soal siasat. Media arus perdana juga sudah melaporkan ada beberapa keluarga rapat Azmin sudah diletakkan dalam radar SPRM
.
Johan ipar Azmin antara yang diperhatikan oleh ramai , adakah ia sasaran seterusnya SPRM
Telah disebut awal lagi, Azmin bakal jadi beban terbesar Pakatan Harapan menjelang PRU 14 klik Azmin Terbeban.
Keluarga Azmin kaya raya, anak muda baru muncul sebagai penjilat keliling Azmin kaya raya… tapi anda yang setia konon tutup mulut nak selamat parti apa jadi ? yang dibawah terus setia bergolok bergadai untuk berjuang….
tepuk dada tanya selera…
Benarkah Azmin merancang berhijrah ke China? Patutlah sejak dua tahun ini asyik ke China
0 ulasan:
Post a Comment