05/12/2017

Cubaan Menfitnah MB Johor - Adun Senai Tunjuk Bodoh?



MENTERI Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin nafi menerima rasuah seperti didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Wong Shu Qi, Isnin lalu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas ADUN berkenaan.

Mohamed Khaled berkata, ia tuduhan tidak berasas, fitnah, tidak benar dan tidak bersangkutan dengannya.

Menurutnya, pentadbirannya tidak pernah, tidak akan menerima apa-apa bentuk suapan dan menentang segala usaha memberi apa jua bentuk suapan kepadanya dan pentadbiran negeri.

"Saya percaya tuduhan ini berniat jahat untuk memalukan, mencalarkan nama baik saya secara peribadi serta kepimpinan kerajaan negeri.

"Ketika ADUN Senai menimbulkan isu itu, saya tidak tahu kewujudan dokumen yang mengandungi kenyataan saksi itu dan tidak mempunyai cara untuk mengesahkan kebenaran serta ketulenannya.

"Saya berterima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tindakan mereka mengesahkan ia adalah dokumen rahsia yang dibocorkan, dikeluarkan secara terpilih dan ditokok tambah dari dokumen asal," katanya pada ucapan Penggulungan Mesyuarat Ketiga (BAJET) Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri Johor ke-13 di Kota Iskandar, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, selain kandungan asal dokumen tidak benar, tidak tepat dan terpesong daripada kandungan asal, beliau mengesahkan pada tarikh tertera beliau berada di luar negara atau tempat lain atas pelbagai urusan dan bukannya di Pejabat Perhubungan UMNO negeri.

"Saya mengesahkan SPRM ada berjumpa saya dan beberapa EXCO negeri berkaitan kes ini sejak ia ditimbulkan dan kami semua memberikan keterangan serta kerjasama dengan baik.

"Bagaimanapun, kes ini dibicarakan di mahkamah dan saya beranggapan apa jua ulasan, kenyataan yang dipolitikkan di dalam dewan atau di luar termasuk ucapan saya adalah tindakan yang akan mengganggu dan memberi kompromi kepada proses keadilan di mahkamah.

"Berikutan itu, saya menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa berkaitan untuk mengambil tindakan sesuai berlandaskan undang-undang ke atas ADUN Senai, beliau harus bertanggungjawab atas tindakan keji dan tidak bermoral," katanya

Menurutnya, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang sengaja membuat fitnah, spekulasi dan apa-apa tindakan tidak wajar. - MyMetro

K7L : Tak ada isu sangat dah ke?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk