12/12/2017

Sombong! Mahathir Pulang Semula Pingat Kebesaran Selangor!



Dilaporkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali telah memulangkan dua pingat kebesaran yang mereka terima. Portal pembangkang, MalaysiaKini juga melaporkan perkara ini disahkan seorang pemimpin PPBM.

"Betul," kata Pengerusi Biro Strategi dan Dasar PPBM Rais Hussin mengesahkan tindakan Dr Mahathir itu. Mahathir telah memulangkan semula pingat kebesaran yang beliau terima daripada Sultan Selangor. Seorang pembantu Dr Mahathir pula mengesahkan Dr Siti Hasmah melakukan tindakan sama.

"Beliau menyerahkan semula pingat berkenaan pada hari yang sama," katanya. Apabila ditanya sebab pingat dipulangkan, beliau hanya berkata "Sudah gaharu cendana pula...,"

Mahathir menerima pingat daripada Sultan Selangor pada 1978 dan 2003 dan ianya diserahkan kepada seorang pegawai kanan di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pada Khamis lalu.

Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan kenyataan Mahathir yang dianggap sebagai penghinaan terhadap komuniti Bugis. "Saya sedang dalam perjalanan untuk melaksanakan umrah apabila saya mengetahui tentang kenyataan itu.

"Saya tidak mahu bertindak secara membuta tuli. Saya menunggu sehingga saya kembali dan bercakap dengan orang yang berada di sana dan tahu apa sebenarnya yang berlaku. Saya hanya bercakap selepas itu, " titahnya.

Sultan Sharafuddin bertitah bahawa kontroversi itu tidak sepatutnya berlaku. "Mereka yang menyokongnya mengatakan saya dipengaruhi oleh orang-orang yang anti-Mahathir.  "Itu tidak benar. Kita mesti mempunyai bukti. Dia memerintah selama 22 tahun. Dia harus tahu lebih baik, " titah Tuanku.

Baca : http://klxpress.com.my/editorial/29041-mahathir-seorang-yang-merbahaya-sultan-selangor.html

Persoalannya sekarang, apakah Mahathir akan turut memulangkan pingat kebesaran yang beliau terima daripada Sultan Johor? Sebelum ini, Sultan Johor telah menyatakan kekecewaan baginda terhadap Mahathir Mohamad.

Sultan Johor mengulas kenyataan Mahathir Mohamad baru-baru ini yang melabel masyarakat Bugis sebagai lanun. "Saya terasa juga. Saya keturunan Bugis, Sultan Selangor keturunan Bugis, Rakyat Johor banyak keturunan Bugis. Asal usul saya pun dari Riau Lingga. Banyak Bugis. Apa rasa orang Bugis," titah baginda.

Baginda bertitah, orang Bugis adalah pelaut dan menjaga laluan yang berkepentingan dan tidak memusnahkan kapal yang melalui Selat Melaka. Titah baginda, kenyataan Mahathir itu dilihat mahu memecah belah kaum dan membenci sesama kaum yang sepatutnya saling menghormati.
Persoalannya juga:

1. Apakah spin Azmin Ali sebagai Menteri Besar negeri Selangor?

2. Apakah beliau akan zip mulut buat-buat tidak tahu tentang pemulangan pingat kebesaran tersebut?

3. Apakah Azmin masih mahu menganggap tindakan Mahathir itu 'hak peribadi' padahal persepsi pemulangan pingat tersebut berkaitan dengan teguran Sultan Selangor terhadap Mahathir?

4. Apakah pendirian Lim Kit Siang dan DAP, mereka juga akan zip mulut?

DAN yang paling penting sekali ialah apakah tindakan Mahathir ini menunjukkan yang beliau tahu Pakatan Harapan tidak boleh lagi mengharapkan pengundi-pengundi Melayu?

Apa pun, propaganda jahat cauvinis DAP berjaya. Melayu 'screw' Melayu terlaksana tanpa mereka bersusah payah. Mahathir hidup dengan penuh kesombongan. Apakah 'anti monarki' yang selama ini tersemat dalam dirinya akan dilaksanakan apabila bersama pembangkang?

K7L : Bila nak goal dia ni?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk