15/12/2017

Bercita Cita Jadi Perdana Menteri, Bukti Jelas DAP Ketua Sebenar Pembangkang



Sampai sekarang soal siapa yang bakal jadi calon PM, TPM dan barisan kabinet bayangan pembangkang masih lagi belum selesai.

Nama sahaja pakatan tetapi mereka sebenarnya tidak berpakat pun. Minggu lepas cakap Mahathir jadi PM dan Wan Azizah jadi TPM, minggu ini bertukar lagi, Kit Siang pun teringin hendak jadi PM.

Masing masing ada agenda sendiri dan peribadi. Oleh kerana itulah, pembangkang tidak boleh bersatu hati tentang siapa bakal jadi calon Perdana Menteri.

Dalam diam diam rupanya, orang yang tiada nama dalam organisasi pembangkang iaitu Kit Siang bercita cita hendak jadi PM. Ada Penasihat, Ketua Umum, Presiden dan Pengerusi dalam satu kapal, masing masing berebut hendak jadi kapten kapal.

Tidak ada organisasi di dunia yang ada sampai 4 nakhoda dalam satu kapal, ianya hanya ada dalam pakatan pembangkang di Malaysia sahaja.

8 Disember 2017, Bekas Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) DAP Jawi, Tan Beng Huat mendedahkan cita cita Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri di Malaysia.

"Kami (ahli parti) sudah beberapa kali mendengar Kit Siang meletakkan harapan mahu mengetuai negara dari dahulu lagi" dedah bekas ADUN DAP itu.

Tiga hari lepas, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, selama ini Kit Siang melindungi niat sebenarnya itu daripada rakyat dengan berpura-pura memberi sokongan kepada calon lain untuk menjadi Perdana Menteri.

"Matlamat utama mana-mana diktator adalah untuk menjawat jawatan tertinggi iaitu Perdana Menteri,” kata Tunku Abdul Aziz.

Zaid Ibrahim, ahli DAP dan Prof Ramasamy, Penolong Setiausaha Agung sudah lama menyatakan sokongan terbuka mereka terhadap Kit Siang sebagai calon paling layak untuk jadi Perdana Menteri.

Zaid Ibrahim yang sedang kuat menjilat DAP sekarang ini menyatakan Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri yang lebih baik daripada Perdana Menteri UMNO.

Sebelum ini pun, Kit Siang tidak menafikan langsung tentang perjanjian sulitnya dengan Mahathir. Dalam perjanjian sulit itu, Mahathir mahu anaknya jadi PM dan Kit Siang menjadi TPM dan Menteri Dalam Negeri.

Mahathir secara tidak sedar telah bercakap perkara ini kepada pengetahuan umum pada 22 Januari 2017 dalam Free Malaysia Today.

"Apa salahnya DAP hendak jawatan TPM. Lim Kit Siang can be DPM II and he can also be home minister” kata Mahathir.

Mahathir juga tahu bahawa orang Melayu takut kalau Kit Siang menjadi PM. Mahathir kata DAP hanya parti yang kecil, jadi adalah sesuatu yang karut untuk Kit Siang jadi Perdana Menteri.

Hakikatnya, DAP adalah parti yang besar dan majoriti dalam Pakatan Harapan. DAP ada 37 kerusi parlimen, PPBM hanya satu sahaja. Yang mengarut cakap DAP adalah parti yang kecil adalah Mahathir sahaja.

Perkara 43(2)(a) dalam Perlembagaan Persekutan menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik "ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan itu" sebagai perdana menteri.

Bermakna calon PM adalah parti yang banyak menang kerusi dalam parlimen. Parti mana yang paling banyak kerusi sekarang dalam Pakatan Harapan? PPBM, PAN dan PKR ada jumlah kerusi yang sedikit sahaja.

DAP yang paling banyak, sudah tentu DAP tidak akan menjadi bodoh melepaskan peluang terbaik mereka untuk menjadi Perdana Menteri.

Lihat sahaja apa jadi di Pulau Pinang sekarang, mana mana ADUN yang bantah Guan Eng akan ditentang dan dipinggirkan. ADUN PAS, PKR dan DAP sendiri sudah kena bila melawan Guan Eng.

Tidak mustahil perkara yang sama boleh berlaku kalau pembangkang memerintah. Mereka akan berebut kuasa dan bergaduh teruk sesama mereka. Tidak mustahil, Kit Siang boleh jadi calon Perdana Menteri.

Hari ini pun, Kit Siang sikit pun tidak menafikan apa yang didedahkan oleh bekas ADUN DAP Jawi itu. Bermaksud cita cita menjadi PM itu adalah betul dan bukannya tuduhan mengarut.

Mahathir, Wan Azizah, Mat Sabu hanyalah nama nama yang diletak sebagai umpan undi Melayu sahaja. Sesudah dapat undi yang dimahukan, Kit Siang lah yang akan ditabal sebagai calon PM yang didambakan DAP.

DAP adalah ketua sebenar dalam pembangkang. Mahathir, Wan Azizah dan Mat Sabu hanyalah kuda tunggangan sahaja. Ramai yang masih belum buka mata?

Mahathir hendak bertanding kawasan mana pun kena tanya DAP dulu. Itulah bukti kukuh DAP adalah ketua sebenar bagi pakatan pembangkang.

K7L : Siapa kudakan siapa?...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk