14/12/2017

PAS Sokong Malaysia Ketuai Bantahan Terhadap Israel!



Antara bantahan PM Najib dengan Erdorgan (Turki), ucapan Najib lebih aula daripada Erdogan. Kerana sampai sekarang Malaysia tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, bahkan di passport Malaysia ada tertulis 'Kecuali Israel'. Malaysia juga antara penyumbang penting pembangunan Palestin dari aspek pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

Berbanding Turki yang hingga kini ada kedutaan Israel, malah di Israel ada kedutaan Turki. Itu tidak termasuk usahasama ekonomi Turki-Israel yang bernilai ratusan juta USD.

Cuma saya hairan, sebilangan masyarakat kita lebih menyanjungi Erdogan berbanding Najib dalam isu Palestin. Hari lalu Erdogan menghubungi Najib berkenaan isu tersebut dan tersebar berita bahawa Hamas inginkan Malaysia mengetuai negara Islam membantah rancangan Trump-Israel, menunjukkan bahawa Malaysia dan Najib khususnya amat berpengaruh dalam menyuarakan hak-hak umat Islam peringkat antarabangsa.

Sekali lagi saya timbulkan persoalan, kenapa segelintir kita lebih memuji pemimpin luar berbanding Perdana Menteri sendiri berhubung hak Palestin? Kurang membaca atau kuat sangat berpolitik?


Sumber : Halim Abdurrahman Halim


Fakta:

Passport Malaysia adalah passport ke-6 paling berkuasa di dunia, setanding Passport Kanada dan Amerika Syarikat.

Serta di peringkat negara Islam, passport Malaysia adalah paling berkuasa di dunia berbanding passport negara Islam lain.

K7L : Kena tahu fakta dan respect Najib..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk