17/12/2017

Akibat Ada Pengkhianat, 600 Kakitangan Imigresen KLIA Ditukar Serta Merta!



600 orang kakitangan dan pegawai Imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah ditukar tempat berkuatkuasa serta-merta.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu diambil selepas kesemua penguatkuasa yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA disyaki bersubahat dalam sindikit menyeludup masuk warga Bangladesh ke negara ini.

“Terbaharu, kita berjaya menahan tiga lagi suspek yang merupakan sindikit yang bersekongkol cuba menyeludup masuk warga Bangladesh ke negara ini.

“Kita melaksanakan penguatkuasaan ini dengan kerjasama PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara habis-habisan.

“Mereka adalah pasangan suami isteri, yang mana suaminya adalah warga asing manakala wanitanya warga tempatan dan seorang lagi lelaki warga asing semalam oleh penguatkuasa Imigresen. Siasatan dijalankan secara serius,” katanya pada sidang media di Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Tambah Ahmad Zahid, 600 kakitangan dan pegawai imigresen KLIA yang diambil tindakan adalah mewakili 40 peratus daripada jumlah keseluruhan seramai 1,500 kakitangan yang bertugas di lapangan terbang utama negara itu.

Katanya, pihakya telah mengambil tindakan memindahkan mereka dan tempat kosong 600 orang itu digantikan dengan pegawai lain untuk bertugas di kaunter Imigresen KLIA.

“Kita harus bertindak segera untuk membersihkan imej jabatan ini yang telah dikotorkan oleh beberapa pihak dalaman yang bersekongkol dengan sindiket warga asing.

“Ini sebab kita membawa masuk Datuk Seri Mustafar Ali dari SPRM yang kini sangat efektif dalam memastikan segala peraturan dan Prosedur Operasi Standard Imigresen dipatuhi secara tegas.

“Saya berharap masalah dalam Imigresen dapat dipulihkan dan mereka yang bersubahat dengan sindiket luar akan dikesan dan dibanteras secara sepenuhnya demi mempertahankan standard dan imej jabatan ini,” ujarnya lagi.

Sumber : Abu Aqif

K7L : Kasi Clean..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk