05/12/2017

Tabung Amanah Bumiputera - Guan Eng Tak Senang Duduk?



Kenyataan Media
Datuk Seri Zainal Abidin Osman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Negeri Pulau Pinang

Isnin 4 Disember 2017

KOUTA PERUMAHAN BUMIPUTERA & TABUNG AMANAH PERUMAHAN BUMIPUTERA PULAU PINANG

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016, sehingga hujung 2106 baki wang dalam Tabung Amanah Perumahan Bumiputera adalah sebanyak RM 110.93 juta, meningkat RM 15.31 juta berbanding RM 85.62 juta pada akhir 2015.

Peningkatan ini adalah disebabkan sumbangan diperoleh daripada pemaju-pemaju perumahan untuk bayaran pelepasan kouta perumahan Bumiputera bagi 49 projek perumahan pada 2016; manakala unit Bumiputera yang dilepaskan adalah sebanyak 1,633 unit.

"Sehingga Disember 2016, sejumlah RM4.64 juta saja telah dibelanjakan iaitu untuk bayaran 20% bagi pembelian 320 unit rumah Kos Sederhana Rendah di projek rumah Mampu-Milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang The Rise @ SP Chelliah.

Sejak 2009, Kerajaan Negeri tidak pernah membina sebarang rumah bagi menggantikan kouta perumahan Bumiputera yang telah dilepaskan. Hanya pada tahun lalu (2016) wang dari tabung amanah itu digunakan untuk membeli rumah KSR di projek perumahan mampu-milik Kerajaan Negeri di Jalan SP Chelliah yang dibina oleh pemaju swasta.

Kouta perumahan Bumiputera dikawal oleh Kerajaan, begitu juga agihan perumahan Mampu-Milik. Kenapa di projek The Rise @ SP Chelliah kerajaan negeri perlu lebih dahulu membeli daripada pemaju swasta untuk dijual semula unit-unit yang diperuntukan kepada Bumiputera?

Kenapa untuk projek ini saja pembelian sebegitu dibuat? Kenapa Kerajaan Negeri tidak melakukan serupa bagi projek-projek perumahan yang dimajukan oleh pihak swasta yang lain?

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga perlu menjelaskan kepada Bumiputera di Pulau Pinang sejak 2009 hingga kini, berapakah jumlah unit perumahan kouta Bumiputera yang telah dilepaskan.

"Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang seperti tidak berminat untuk menyediakan perumahan kepada Bumiputera di Pulau Pinang. Malah Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga tidak begitu bersungguh-sungguh untuk menyediakan perumahan Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah untuk rakyat Pulau Pinang.

" Kerajaan Persekutuan tidak pernah memungkiri janjinya kepada rakyat Pulau Pinang. Bagi tempoh 2008 – 2016, sebanyak 34 projek telah siap dilaksanakan oleh EMPAT (4) agensi dan jabatan Kerajaan Persekutuan bagi menyediakan sejumlah 5,950 unit Perumahan Mampu Milik di Negeri Pulau Pinang.

Sebanyak 19 projek sedang dalam peringkat pelaksanaan pada masa ini melibatkan pembinaan sejumlah 4,017 unit, manakala sejumlah 39 projek baru sedang dirancang untuk dilaksanakan dan akan melibatkan pembinaan sejumlah 46,602 unit di seluruh Negeri Pulau Pinang.

"Keseluruhannya, jumlah unit Perumahan Mampu Milik yang telah siap dibina, sedang dalam perlaksanaan dan dalam perancangan untuk dibina bagi Negeri Pulau Pinang oleh Kerajaan Persekutuan melalui agensi dan jabatannya bagi tempoh 2008-2018 adalah sebanyak 56,569 unit.

"Kerajaan Negeri sebenarnya lebih berbangga untuk menunjukkan kemampuan mengumpul wang dan simpan dalam tabung daripada menyediakan perumahan untuk dimiliki oleh Bumiputera Pulau Pinang. Pendekatan ini daripada segi moral dan sosial adalah satu penafian hak Bumiputera untuk memiliki rumah.

Rakyat Pulau Pinang harus sedar akan tipu helah dan muslihat politik kerajaan negeri pimpinan DAP di Pulau Pinang.

Terima kasih.

K7L : Rakyat kena bangkit menentang DAP!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk