04/12/2017

PRU14 ‘Pertempuran’ Paling Hebat Abad Ini - Dr Puad



1. Pilihanraya Umum Ke-14 bakal menjadi medan pertempuran paling hebat buat semua parti-parti politik di negara ini, ujar ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

2. Beliau tidak menolak bahawa pakatan pembangkang akan terus menggunakan kaedah perang persepsi untuk menjatuhkan BN, justeru perkara tersebut perlu ditangani dengan menyebarkan informasi yang tepat kepada rakyat dengan menjadikan PRU14 sebagai ‘pilihanraya informasi’.

“Semua pihak tercabar dengan PRU14 baik pihak kerajaan BN ataupun pembangkang. Ini hidup mati kepada masing-masing. Kalau BN gagal, ia akan menjadi mimpi buruk yang lama dan kepada pembangkang juga, kalau mereka tewas dan gagal kali ini akan menjadi mimpi buruk yang lebih lama dan panjang untuk mereka.

“Jadi betul pertempuran kali ini adalah pertempuran yang hebat di abad ini.

“Hakikat yang mesti kita terima iaitu perang persepsi akan terus digunakan kerana ini cara yang paling mudah kepada sesiapa sahaja untuk menewaskan satu pihak yang lain. Maka dari sudut kerajaan BN, saya yakin mereka tidak mahu pilihanraya ini adalah pilihanraya persepsi, tetapi pilihanraya informasi.

“Sebab kalau ini (perang persepsi) dibenarkan, akhirnya ia akan menjadi satu ancaman kepada pihak kerajaan yang sebenarnya telah banyak melakukan yang terbaik untuk rakyat,” katanya.

3. Tidak seperti pada PRU13 lalu dengan pakatan pembangkang mempunyai kelebihan di media sosial, namun jentera media sosial BN sekarang dilihat sudah mampu untuk menyaingi pembangkang. Rakyat juga sudah semakin bosan dan pandai menilai akan kebenaran tuduhan.

TONTON VIDEO PENUH Ulasan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam program ‘Agenda Awani: UMNO dan Sentimen Pengundi Melayu’ 





0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk