12/12/2017

Rafizi Kantoi Besar - Akan Hilang Kelayakan Bertanding PRu14?




Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden PKR Rafizi Ramli kerana mendakwa kontrak penganjuran Ekspo Negaraku diberikan kepada abangnya.

Rahman berkata, Rafizi telah membuat kesilapan besar dengan mendakwa individu bernama Raslan Dahlan sebagai abangnya.

"Saya dimaklumkan mengenai sidang media Rafizi hari ini yang menuduh saya melantik abang saya sebagai kontraktor pelaksana Expo NegaraKu.

"Rafizi mengatakan dia telah membuat penyiasatan dan penyelidikan dan dengan mempunyai bukti bahawa saudara Raslan Dahlan, Ketua Pegawai Ekskutif PICO Integrated Exhibit Sdn Bhd, adalah abang kepada saya.

"Rafizi silap besar. Raslan Dahlan bukan abang saya. Rafizi berniat jahat," katanya di Twitter.

Rafizi hari ini menyiarkan kenyataan media di blognya bertajuk: "Penganjuran Ekspo Negaraku diuruskan oleh syarikat milik abang Rahman Dahlan".

Kenyataan itu telah dipadam.

Program yang diadakan di Dataran Merdeka itu bertujuan memaparkan pencapaian kerajaan selama ini. Ia diuruskan PICO Integrated Exhibit Sdn Bhd dan dianjurkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang berada di bawah Abdul Rahman.

Salah seorang pemegang saham syarikat itu bernama Raslan Dahlan.

Rahman menyifatkan Rafizi sebagai "pembohong tegar bersiri" dan menggesa Pakatan Harapan "mengarahkan beliau untuk menutup mulut".




Raslan lebih kacak

Pada sidang media di Expo Negaraku, Dataran Merdeka kemudian, Rahman maklum yang Rafizi telah memadamkan rakaman sidang media yang disiarkan secara langsung itu.

"Sebab dia tahu yang dia salah, memfitnah. Agaknya dia dapat maklumbalas daripada orang ramai yang Raslan bukan abang saya, lalu cepat-cepat padamkan video dan twitnya.

Namun, kata ahli Majlis Tertinggi Umno itu lagi, dia sempat mengarahkan pekerjanya untuk memuat turun video tersebut dan tangkap layar (screenshot) posting Facebook dan Twitter Rafizi sebagai bukti.


Ketika sidang media, dia turut memainkan semula rakaman tersebut secara penuh. Turut hadir adalah Raslan Dahlan, individu yang dikatakan sebagai abangnya.

Beliau sekali lagi menafikan perkara itu, dan berseloroh yang Raslan "lebih kacak daripadanya".

Rahman berkata tidak mengenali Raslan sebelum syarikatnya dilantik sebagai pengurus Ekspo Negaraku.

"Jika tidak tahu perkara sebenar, mereka akan terpengaruh dengan pembohongan bersiri Rafizi jika melihat bahasa badan, cara bercakap dan penyampaiannya.

"Inilah Rafizi, saya tak tahu berapa kali dia perlu berbohong kepada rakyat Malaysia untuk membantah (kerajaan)," katanya lagi.

Ketika diminta menjawab gesaan Rafizi agar mendedahkan kos penganjuran ekspo tersebut serta dakwaan ia tidak diberikan melalui tender terbuka, Rahman berkata beliau akan menjawabnya kemudian.

"Rafizi kata akan buat satu lagi sidang media esok...saya nak tengok apa lagi pembohongannya," katanya lagi.

Kisah fitnah yang dilakukan oleh Rafizi terhadap Datuk Seri Rahman Dahlan menjadi semakin panas apabila Rahman Dahlan akan mengambil tindakan menyaman Rafizi atas fitnah yang disebarkan olehnya.

Tapi sebenarnya ada kisah di sebalik mengapa Rafizi begitu berani mengeluarkan finah tersebut dan adalah amat mustahil beliau tidak tahu tentang apa yang dilakukan oleh beliau.

Rafizi ada kemungkinan sedang mencari dana bagi pilihanraya akan datang dan hanya dengan dikenakan saman ke atas beliau maka dana berkenaan akan diperolehi. Ini semua wayang boleh baca.


K7L : Dah kantoi paling besar..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk