18/12/2017

27 Syarikat Yang Dijual Kepada China Didedahkan?




JAWAPAN KEPADA 27 FITNAH PEMBANGKANG BAHAWA SEMUA TELAH DIJUAL KEPADA CHINA


Ramai yang percaya kononnya banyak aset telah diual kepada China namun begitu ramai yang tidak mengetahui peratusan pemilikan syarikat di Malaysia. Berikut adalah jawapan kepada fitnah-fitnah tersebut,

1. MALACCA GATEWAY - BUKAN milik China

Kejuruteraan Asas Jaya Development KAJD (51%) &. Power-China International Group Limited (49%). KAJD ialah syarikat tempatan yg dikorporatkan di Malaysia pada 2001

2. JOHOR ISKANDAR - BUKAN milik China


Ia adalah projek kerajaan johor yg menjual plot hartanah China RM26 billion, singapura RM20 billion, US, Jepun, Spain, Korea Selatan.

3. FOREST CITY - BUKAN milik China

Projek kerajaan johor yg menjual unit hartanah; leasehold untuk landed property dan freehold untuk strata title.

4. CAREY ISLAND - TIADA kaitan dgn China.. tapi India

Syarikat India, Adani Ports, dan syarikat Malaysia MMC Port Holdings (milik Syed Mukhtar Bukhari) dan Sime Darby Property.

5. EAST COST RAIL LINK - BUKAN milik China

Ia dimiliki 100% oleh Kementerian Kewangan Malaysia dgn pembiayaan daripada Exim Bank of China.

6. BANDAR MALAYSIA - BUKAN milik China


Dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui TRX City Sdn Bhd

7. HIGH SPEED RAIL HSR - BUKAN milik China

Pemilik tender ialah kerajaan Malaysia dan Singapura. Pemenang tender belum diumumkan

8. IMPRESSION MALACCA - BUKAN milik China

Dimiliki oleh syarikat tempatan Yong Tai Berhad

9. EDRA ENERGY - Dimiliki oleh Syarikat China

Menang melalui tender antarabangsa. Berjaya menjimatkan TNB dengan memperkenalkan tariff yang lebih kompetitif berbanding tariff zaman IPP kroni2 Mahathir

10. SUTERA HARBOR - Dimiliki oleh syarikat China

Ia adalah urusniaga jual beli saham syarikat swasta oleh syarikat swasta yang tidak melibatkan mana-mana kerajaan. GSH ialah syarikat hartanah China yg disenaraikan di dalam pasaran saham Singapura SGX.

11. BIRDS NESTS - BUKAN milik China
Syarikat tempatan export sarang burung kpd China. Syarikat swasta dapat untung, syarikat China dapat sarang burung. Tiada sebarang tanah yang tergadai kepada China.

12. DURIANS - BUKAN milik China

Syarikat tempatan eksport Durian kepada China. Syarikat swasta dapat untung, syarikat China dapat Durian. Tiada sebarang tanah yang tergadai kepada China.

13. TOURISM - BUKAN milik China

Penduduk China datang melancong ke Malaysia. Tiada sebarang tanah yang tergadai kepada China.

14. AQUACULTURE - China


Syarikat tempatan eksport produk-produk aquaculture kepada China. Syarikat swasta dapat untung, syarikat china dapat produk-produk  aquaculture. 
Tiada sebarang tanah yang tergadai kepada China.

15. PALM OIL - China

Syarikat tempatan eksport kelapa sawit kepada China. Syarikat swasta dapat untung, syarikat China dapat kelapa sawit. 
Tiada sebarang tanah yang tergadai kepada China.

16. NAVAL PATROL BOAT


Malaysia beli "Patrol Boat" dari China. Malaysia juga beli kapal selam daripada Perancis, jet drari U.S. dan Russia, kapal dari UK. 
Tiada sebarang tanah yang tergadai kepada China.

17. FELDA FGV - BUKAN milik China

Dimiliki oleh Felda, Tabung Haji, KWAP, Koperasi Felda, Kerajaan pahang. 89% Malaysia 11% org luar.

18. ALIBABA DFTZ REGIONAL HUB - memang asal milik China


Projek ini sebenarnya kita rampas drpd Singapura. DFTZ dijangka akan gandakan eksport Malaysia. Alibaba memang asalnya milik China dan tak pernah jadi milik Malaysia. Jadi tak ada isu tergadai.

19. PROTON - BUKAN milik China


Proton ialah milik Syed Mukhtar Bukhari 51% dan Geely 49%. Rakyat Malaysia sudah lama memilih Perodua sebagai kenderaan mereka dengan jualan Perodua 200 ribu dan Proton hanya 70 ribu pada 2016.

20. SHELL

Shell tak pernah jadi milik Malaysia pon. Malaysia tak pernah memiliki Shell. Penukaran hak milik tidak melibatkan kerajaan Malaysia dan tiada sebarang tanah yang tergadai.

21. KEDAH INTEGRATED FISHERIES TERMINAL - BUKAN milik China
Pelaburan China tak menjadi. Akan cari pelabur lain.

22. KUANTAN MSIA-CHINA IND PARK - BUKAN milik China

Kuantan Pahang Holding menguasai 51% MCKIP dan Guangxi memiliki 49%. Ini adalah projek twin-cities dimana Kuantan memiliki bandar kembarnya CMQIP di Guangxi, China

23. KEDAH RUBBER CITY

Mukhriz yang mulakan projek rubber city dengan China. Kalau salah, takkanlah Mukhriz nak mulakan kerjasama dengan China. China dijangka akan melabur RM10 billion dan akan menaikkan harga getah tempatan.

24. NAVY NAVAL 50 VESSELS GRADE

Bukan 50 tapi hanya 10. Malaysia beli patrol vessel dariapda China. Malaysia juga beli kapal selam daripada perancis, jet daripada U.S. dan Russia, kapal daripada UK. Tak ada sebarang tanah yang tergadai kpd China

25. ROYAL MULU SWAK - BUKAN dimiliki China

Masih dimiliki Kerajaan Negeri Sarawak.

26. LUMUT MARITIME TERMINAL PERAK - BUKAN dimiliki China
Dimiliki oleh Perak Corp Berhad dan Tenaga Nasional Bhd. Tak nampak China di sini.

27. ALOR GAJAH POWER PLANT
Dimiliki oleh Edra.

Ini sebenarnya sama seperti dasar pandang timur oleh Tun Mahathir dimana Proton bermula dgn perkongsian dengan  Jepun 70%:30%, Maminco-Makuwasa. Dayabumi bagi kat Takenaka Kumagai, Kedah Simen kat Mitsui, Penang Bridge kat Hyundai , Proton kat Mitsubishi , Produa kat Daihatsu , Perwaja kat Nippon Steel. 


Lepas sangkut bagi kat POSCO , kebanyakan empangan Jepun dan Korea yg sapu , Twin Tower pun Korea Jepun , KLIA pun arkitek Jepun, pendek kata penasihat ekonomi pun Kasumaza Suzuki dan Keinichi Ohmae dibawa dari Jepun. 

K7L : Hang rasa?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk