15/12/2017

Isu KISS Selangor - Cuma Propaganda Nak Beritahu Ada Sahaja?



Nada-nada kecewa rakyat Selangor yang menjadi mangsa kerakusan kerajaan negeri Selangor sudah mula kedengaran di kala kerajaan negeri sibuk menyaingi kesempurnaan Bajet 2018 dengan kerajaan Persekutuan.

Namun belum pun sempat menjengah tahun 2018, rakyat Selangor telah bangkit menyuarakan rasa ketidakpuasan hati dengan skim KISS yang boleh diumpamakan menggula-gulakan rakyat dan mengaburi mata rakyat luar Selangor.

KISS memperuntukan sejumlah RM200 sebulan atau RM2,400 setahun kepada ibu yang masih bersuami atau tunggal dengan pendapatan sekeluarga di bawah RM2,000. Seramai 30 ribu ibu yang disasarkan dengan implikasi peruntukan sebanyak RM72 juta setahun.

Bunyinya menarik tetapi kenapa dalam soal pembahagian atau kriteria pemilihan mesti melibatkan bantuan yang telah disampaikan oleh kerajaan Persekutuan. Di mana keadilannya kepada rakyat jika BR1M, bantuan JKM dan dari pelbagai agensi kerajaan Persekutuan diambil kira. Kat mana specialnya nikmat sebagai anak / rakyat Selangor?

Sekiranya benar seseorang individu tersebut tidak layak maka apakah kriteria lain yang melayakkan 30,000 ibu yang lain diterima di bawah skim ini? Kerana pada pengamatan atau maksud penulis di dalam gambar tersebut, kemungkinan terdapat keraguan di dalam proses pemilihan peserta pada skim ini nanti. Atau mungkin mereka yang terpilih ini nanti sebenarnya memiliki hubungan yang luar biasa dengan pencadang atau jawatankuasa pemilih.

Pasti kerajaan negeri Selangor mempunyai alasan 'luar biasa' yang tersendiri.

Itu belum sembang lagi bab bonus 3 bulan yang diumumkan Azmi Ali kononnya berjaya menandingi kerajaan Persekutuan namun realitinya 2 bonus pertama telah diberi tanpa dimaklumkan terlebih awal ianya adalah bonus kakitangan awam 2018 dan 1 lagi pemberian bonus bakal disampaikan pada hujung tahun ini.

Maka pada tahun 2018, penjawat awam bakal ternganga melihat rakan sejawatan mereka dari negeri lain menikmati bonus perayaan atau faktor lainnya adalah kemungkinan besar kerajaan PKR tidak yakin dapat memenangi PRU 14 akan datang dan bakal memperlihatkan kerajaan negeri bertukar kepada Barisan Nasional.

K7L : Sudah tentu TolakPH

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk