20/12/2017

Pakatan Harapan Masih Belum Jumpa Calon PM?



Pakatan Harapan (PH) menyatakan ia akan mengumumkan nama calon Perdana Menterinya pada bulan depan. Akhirnya selepas sekian lama barulah PH akan mengumumkannya. Namun ia masih belum pasti, kerana pengumuman hanya akan dibuat bulan depan, bukan sekarang.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, pengumuman itu akan menamakan calon baru untuk mengganti Anwar Ibrahim yang masih menjalani hukuman penjara kerana meliwat.

Meskipun Anwar tetap pilihan utama tapi kata Guan Eng, memandangkan hukumannya masih belum berakhir, adalah mustahil untuk meletakkannya sebagai calon.

PH pernah sebut beberapa nama sebelum ini termasuk nama bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad namun kemudiannya mereka sesama sendiri menidakkan nama yang disebutkan itu. Kekalutan berkenaan mungkin kerana banyak sangat nakhoda dalam bahtera pembangkang menjadikannya susah untuk dikemudi.

Persoalannya siapa sebenarnya dapat sokongan majoriti dalam PH, kerana orang yang ada sokongan majoriti dalam PH akan dilantik sebagai Perdana Menteri jika pakatan itu menang.

Pada Mei lalu, Pakatan Harapan mengumumkan nama Anwar sebagai Perdana Menteri ke-7 kerana mereka begitu yakin seolah-olah PH akan menang pada Pilihan Raya Umum (PRU14) nanti.

Ketika itu, ia disokong oleh lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu dalam satu majlis Kongres PKR. Pada masa itu, Mahathir yang juga Pengerusi Perti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hadir tapi tidak menyokong secara rasmi.

Namun disebabkan Anwar masih bergelar banduan dan tidak boleh menyertai politik selama lima tahun selepas dibebaskan, PH kemudian setuju untuk calonkan isterinya Dr Wan Azizan Wan Ismail yang juga Presiden PKR, sebagai calon Perdana Menteri.

Bila Mahathir menjadi ahli keluarga PH, mereka tukar lagi dan letak Mahathir sebagai calon Perdana Menteri manakala Wan Azizah bakal jadi Timbalan Perdana Menteri.

Keputusan itu dibuat pada 1 dan 2 Disember lepas. Anwar nampaknya kurang gembira dengan langkah meletakkan Mahathir sebagai calon dan kini sekali lagi menukar pendirian. Terbukti PH tiada pendirian dan masih kabur dalam hala tuju mereka. Mereka kerap bertukar-tukar dan beberapa kali buat u-turn dalam hal berkaitan calon Perdana Menteri ini.

Hampir pasti, selepas pengumuman baru dibuat nanti pada bulan depan, pasti ada pemimpin dalam pakatan itu yang tidak bersetuju dengan pilihan yang dibuat kerana merasakan ada orang yang lebih layak.

Jangan lupa kepada pendedahan bekas Adun Jawi, Tan Beng Huat pada 8 Disember lalu bahawa memang terdapat ‘cakap-cakap’ di dalam DAP mengatakan Kit Siang mahu menjadi perdana menteri walaupun Ahli Parlimen Gelang Patah itu menafikan ada berniat demikian.

Begitu juga dengan gesaan daripada Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, yang mahu rakyat menolak pemimpin DAP yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan ketetapan Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi juga hakikat kegagalan parti itu menjadi kerajaan bersih.

Kalau ikut Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub, beliau pernah menyebut bahawa presiden parti itu, Mohamad Sabu boleh ditonjolkan sebagai calon Perdana Menteri Ke-7 sebelum Anwar dibebaskan.

Dan menurut Salahuddin lagi, Perdana Menteri ke-7 boleh sahaja Mahathir, Wan Azizah, Muhyiddin Yassin dan Mat Sabu.

Memang banyak nama yang disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri PH. Kenapa ini berlaku? Ia kerana mereka sendiri belum mempunyai calon yang sesuai dan pada masa sama sukar untuk mencapai kata sepakat dalam pemilihan calon Perdana Menteri.

Jika nama calon Perdana Menteri pun susah nak umum, inikan pula mahu memerintah negara.


K7L : Belum apa-apa dah berterabur..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk