20/12/2017

Nak Lawan Israel Tanpa Gunakan Senjata?


Malaysia tidak wajar menyekat pelabur dari Amerika Syarikat (AS) walaupun membuat pendirian menolak dan mengutuk tindakan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata negara perlu membezakan antara hubungan yang menguntungkan dengan sikap pentadbiran Amerika Syarikat (AS) yang tidak selaras dengan pendirian Malaysia.

"Kita tidak boleh sekat umpamanya pelabur dari Amerika Syarikat daripada melabur di Malaysia semata-mata kerana keputusan Presiden Donald Trump ini," katanya kepada media Malaysia semalam.

Beliau diminta mengulas hubungan kedua-dua negara selepas Malaysia menyertai ketetapan Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) membuat ketetapan tegas berhubung isu berkenaan.

Najib juga menjelaskan bahawa bukan semua rakyat AS menyokong langkah Trump itu. Pada masa sama, beliau berharap AS membantu ke arah proses damai dengan menarik semula keputusan mengiktiraf Baitulmaqdis dan bertanggungjawab dalam membantu keamanan berdasarkan penyelesaian dua negara.

Najib, antara pemimpin yang rapat dengan Trump menjelaskan, rundingan dua hala termasuk dengan pentadbiran kerajaan AS perlu dilakukan dengan harapan negara itu akan sedar betapa pentingnya mencari perdamaian yang adil dan saksama.

Persidangan itu sebulat suara mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin dan menggesa masyarakat dunia mengambil tindakan sama. Ia juga mengisytiharkan tindakan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, 'tidak sah dan terbatal dari segi undang-undang' dan 'satu cubaan melemahkan semua usaha damai' serta menggalakkan 'ekstremisme dan keganasan'.

Pertubuhan yang dianggotai 57 negara anggota, termasuk Arab Saudi dan Iran, turut menegaskan, semua negara anggota komited kepada 'satu-satunya penyelesaian komprehensif bagi memastikan keamanan' di wilayah berkenaan.

Mengenai pertemuan dua hala dengan Raja Jordan, Raja Abdullah II pada akhir persidangan, Najib berkata, baginda menegaskan umat Islam perlu bijak dalam menangani isu itu memandangkan ia boleh disalah tafsirkan masyarakat antarabangsa dan memburuk imej umat Islam.

"Saya telah memaklumkan bahawa pendekatan kesederhanaan boleh memainkan peranan dalam mempamerkan umat Islam sebagai satu masyarakat yang bertoleransi dan mampu menerima pendapat membina," katanya.

Najib juga berkata, pertemuan dua hala itu, jelas membuktikan bahawa Jordan melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang menyokong penuh perjuangan rakyat Palestin.




Maka kini kita sebagai rakyat Malaysia bukan boikot Mcdonald atau Starbucks. Tetapi kita harus peka dengan barangan yang kita beli dengan kod 729, itu adalah buatan Israel. Maka kita jangan beli dan kita kekal untuk menyelar Yahudi.

K7L : Kena kaji betul-betul mana barangan Yahudi.. 

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk