Seputar Isu Rumah Mesra Rakyat
Sahabat di kampung bertanya:
Ada orang ni sibuk menghentam dan menghina kerajaan tapi tidak sedar diri dia dan keluarga dia sendiri tinggal dalam "Rumah Mesra Rakyat". Kerajaan yang dicaci itulah yang bantu dia tinggal dalam rumah itu yang mana saya lihat dia tidak layak pun dapat hak keistimewaan tersebut.
Jawapannya mudah :
Program Rumah Mesra Rakyat ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Diriwayatkan hadith daripada Muhammad bin Ziad hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man (-al) la yasykurun-nasa la yasykurullah.' [Maksud: Barangsaipapa tidak bersyukur kepada manusia (maka) tidak bersyukur kepada Allah (a.w)] [Hadith at-Termidzi, Kitab Memperbaiki Silaturahim]
Hadith di atas menyebutkan sesiapa yang tidak berterima kasih atau bersyukur terhadap sesuatu kebaikan dan pemberian orang lain kepadanya, maka dia sebenarnya tidak bersyukur kepada Allah (a.w). Jangan hairan jika makhluk ini menghina pemerintah kerana dengan Allah pun mereka biadab.
Layak atau tidak memohon "Rumah Mesra Rakyat" tersebut saya tidak mampu untuk menilai tetapi perhatikan hadith ini:
Sabda Nabi s.a.w: "Barangsiapa yg meminta harta manusia untuk membanyakkan hartanya (meminta tanpa keperluan) maka dia sebenarnya meminta bara api (neraka) maka ikut sukalah dia nak banyak atau sedikit" [HR Muslim]
Info lanjut berkaitan Rumah Mesra Rakyat: SPNB, Link gambar: [SINI]. Perbincangan: [SINI]
K7L : sedarlah..wahai anak bangsaku..
0 ulasan:
Post a Comment