29/10/2012

Abdullah Sani Menangis Malam Tadi Kerana Kuala Langat?



Sebelum mula menulis, Keris nak bagitahu perempuan di atas inilah Isteri Muda Abdullah Sani, masih ingat kisah YB halau isteri? [Klik Sini].

Ok cukup sampai situ. Berbalik kepada cerita apa yang berlaku di Kuala Langat. Dolah Sani selaku MP yang paling kuat membohong di Kuala Langat telah terkantoi apabila kali ini terlalu ramai orang yang hadir mendengar ceramahnya.



Pada mulanya Keris dalam perjalanan untuk pergi melawat seorang pakcik, berlaku kesesakan pula di Pekan Banting. Resah juga memandangkan jalan ke KL juga akan sesak kerana orang ramai pulang ke rumah daripada kampung. Nampak orang ramai, Keris berhenti dan singgah sebentar.

Rupa-rupanya ada ceramah DAP yang dibuat tengah-tengah jalan! Inilah jadinya bila mereka nak tunjuk mereka ada kuasa, apa sahaja pun mereka boleh buat. Biarpun tindakan mereka ini biadap tetapi ada pula melayu tak sedar diri yang menjerit hidup DAP.

Hey korang tak sedar mereka nak tunjuk kuasa dengan buat ceramah atas jalan? Tetapi yang menggelikan hati adalah jumlah hadirin mencecah 30 orang sahaja, Bunyi mencecah tu macam banyak kan? Yang banyak cuma kerusi kosong yang boleh kira dalam 500 biji kerusi.

Kredit Gambar : TMS
Satu lagi contoh DAP nak tunjuk mereka punya kuasa, penceramah DAP berdiri atas lori, lagi tinggi daripada semua orang manakala Dolah Sani hanya berceramah di kaki jalan. "Aku di atas dan Kau di bawah". Nampak sesuatu yang sinikal di situ?

Tahniah kepada pengundi Kuala Langat kerana sudah mula menolak Pakatan Pembangkang. Mereka tidak layak diberi kuasa kerana mereka biadap dan tidak mewakili rakyat.

K7L : Rakyat Selangor sudah mula bangkit!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk