25/10/2012

Ada Pemimpin PAS Tak Tahu Nak Solat Aidil Adha?


Ada yang cuti dan ada yang kerja, namun kewajipan untuk menyambut Aidil Adha tetap dilaksanakan. Keris mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Aidil Adha buat keluarga, adik beradik, sahabat-sahabat, rakan-rakan UMB, pemimpin-pemimpin di Malaysia serta seluruh rakyat Malaysia. Khusus buat pembaca setia blog Keris .


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Cara Melaksanakan Solat Aidil Adha

1. Niat:

اُصَÙ„ِّÙ‰ْ سُÙ†َّØ©َ عَÙŠْدِ اْلاَضْØ­َÙ‰ رَÙƒْعَتَÙŠْÙ†ِ (Ø¥ِÙ…َامًا / Ù…َØ£ْÙ…ُÙˆْÙ…ًا) Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ تَعَالَÙ‰

Sahaja aku bersolat sunat Aidil Adha, dua raka’at (imam / makmum) kerana Allah Ta’ala.

2. Pada rakaat pertama:

a. Selepas mengucapkan lafaz Takbiratul-ihram dan membaca doa Iftitah, bertakbirlah (اَلله ُ اَÙƒْبَرُ) sebanyak 7 X dan diselangi bacaan Tasbih:

سُبْØ­َانَ اللهِ ÙˆَالْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ Ùˆَلآ اِÙ„َÙ‡َ اِلاَّ الله ُ Ùˆَالله ُ اَÙƒْبَرُ Ùˆَلاَ Ø­َÙˆْÙ„َ Ùˆَلاَ Ù‚ُÙˆَّØ©َ اِلاَّ بِاللهِ الْعَÙ„ِÙ‰ِّ الْعَظِÙŠْÙ…ِ

Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.

b. Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Khafiruun.

c. Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.
3. Rakaat ke-dua:

a. Bangun dari sujud, bertakbir (اَلله ُ اَÙƒْبَرُ) sebanyak 5 X, diselangi lagi tasbih seperti rakaat pertama.

سُبْØ­َانَ اللهِ ÙˆَالْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ Ùˆَلآ اِÙ„َÙ‡َ اِلاَّ الله ُ Ùˆَالله ُ اَÙƒْبَرُ Ùˆَلاَ Ø­َÙˆْÙ„َ Ùˆَلاَ Ù‚ُÙˆَّØ©َ اِلاَّ بِاللهِ الْعَÙ„ِÙ‰ِّ الْعَظِÙŠْÙ…ِ

Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.

b. Membaca Al-Fatihah dan Al-Ghaasyiyah atau Al-Ikhlas.

c. Teruskan sebagaimana rukun solat yang lain sehingga selesai salam ke-dua.

K7L : Kepada yang baru bertolak malam ini..hati-hati kerana anda sedang diperhatikan AES :p..

1 ulasan:

  1. MCA hina Islam tu camman bro....kasi belash lah cecukup

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk