23/10/2012

Minta Derma Tengah Malam - Siapa Perlu Dipersalahkan?



Tengah makan di sekitar Kuala Lumpur, Keris baru sahaja meneguk air teh bersama rakan-rakan, kami didatangi oleh seorang anak gadis bawah 18 tahun. Bertanya kepada kami dia merupakan wakil daripada sebuah maahad daripada Kedah. 

Anehnya mereka ini berada di Kuala Lumpur. Jauhnya merantau hanya untuk minta derma? Apabila ditanya datang dengan siapa, katanya dengan Ustaz. Apabila kami nak jumpa dia kata datang pukul 2 nanti. 

Kerana soalan makin lama makin banyak dan dia dah mula berpeluh bila menjawab, dia minta izin mahu ke tandas. Kami benarkan dan dia terus hilang. 

Sebenarnya Keris kasihan dengan gadis tersebut, mengapalah dia dipergunakan sebegitu rupa. Diharap pihak berkuasa pantau pergerakan mereka, bimbang mereka dianiaya. JAKIM pun mungkin boleh turun dan lihat benar atau tidak kewujudan Maahad tersebut dan jika benar bermasalah, patut dibantu mana yang boleh.

p/s: Live daripada kedai makan

K7L : Bayangkan anak kita yang disuruh buat begitu..tengah malam kot..

1 ulasan:

  1. Salam. betul. stress sy kalau pergi stesen2 minyak, traffic light dan kawasan2 bahaya lain.. sy masih x faham kenapa ada lg budak2 yg dipergunakan sedemikian rupa.. mereka sepatutnya belajar dan berehat d rumah pd waktu malam.. kenapa mereka yang kena keluar meminta sedekah..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk