KUALA LUMPUR, 16 Oktober - "Sudah tiba masanya MARA bergerak tanpa bantuan kerajaan untuk membantu anak bangsa dalam bidang pendidikan." Demikian kata pengerusi Tabung Warisan Mara (TWM), Dato' Seri Idris Jusoh ketika sesi penerangan TWM bersama penggiat Media Baru di Menara Mara, sebentar tadi.
Pengerusi Tabung Warisan Mara,
YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh
Beliau berkata kepada Putrajaya Online, "TWM ini adalah satu Jihad Pendidikan. Ramai graduan yang menerima bantuan MARA sudah berjaya dalam bidang yang mereka ceburi, ramai antara mereka berfikir untuk berbakti semula kepada MARA tetapi tidak mempunyai saluran dan medium. Jadi TWM ini diwujudkan sebagai pemudah cara kepada anak bangsa yang ingin berbakti semula kepada MARA untuk membantu generasi akan datang melalui pendidikan.
"Setakat ini, kita ada menetapkan beberapa pihak untuk menyumbang antaranya warga MARA, ANSARA, Persatuan Pesara MARA, MUAFAKAT, bekas pelajar MRSM, MARA (Usahawan dan Pelajar), Bumi Entrepreneurs dan Institusi pendidikan lain yang menempatkan tajaan MARA. Sekiranya ada pihak lain ingin menyumbang untuk Pendidikan maka kita turut mengalu-alukan." katanya lagi.
Ketika ditanya kemungkinan wujudnya dakwaan bahawa MARA sudah tidak mampu menaja pelajar sehingga meminta bantuan melalui Tabung Warisan Mara.
Dato Seri Idris Jusoh menjelaskan, "kita tidak boleh menafikan wujudnya golongan berfikiran negatif dan tidak boleh menggunakan pemikiran negatif untuk membawa kita kehadapan. Hanya pemikiran positif akan membawa kita ke hadapan".
"Demi masa depan bumiputera, kita tekad dan bertanggungjawab untuk menjadi medium pengantara. Ramai bumiputera sudah berjaya melalui bantuan MARA, ada antara mereka (ahli koperat) mahu berbakti semula kepada MARA dan kita menyediakan peluang itu melalui Tabung Warisan Mara. Apa yang dilakukan ini tidak ada kena mengena dengan masalah kewangan MARA dan ini soal masa depan mereka untuk menerapkan budaya membantu kepada MARA" ujarnya lagi.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tabung Warisan Mara (TWM) boleh kunjungi Portal 1,Portal 2, Facebook, Twitter dan Youtube. Sumbangan boleh diberi dengan merujuk Kaedah Sumbangan di portal rasmi TWM. - Kalam Pena/Putrajaya Online
K7L : Kena tahu apa itu TWM..kena letak diri kita pada orang susah..
0 ulasan:
Post a Comment