18/10/2012

BNYCT Satu Pentas Penyebaran Maklumat Secara Sukarela?


PETALING JAYA, 18 Oktober - Seramai 100 orang pengikut twitter @TunFaisal telah hadir bagi sesi ramah mesra bersama Pengerusi BN Youth Cyber Team (BNYCT), Tun Faisal Ismail Aziz dalam program #TwtUpTF100K bertempat di Flaming Steamboat Buffet malam semalam.

Ketika menyampaikan kata-kata aluan, Tun Faisal berkata "BN Youth Cyber Team (BNYCT) adalah satu gerakan sukarela daripada rakyat untuk membantu menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang".


Semua rakyat diseru untuk memberi bantuan kepada Barisan Nasional walaupun sekadar klik 'Like'.

Mengulas lanjut mengenai bantuan yang diperlukan daripada sukarelawan BNYCT, beliau berkata "Follow Twitter kepimpinan negara dan kongsi maklumat apa sahaja berbentuk sokongan kepada Barisan Nasional melalui media baru, maka anda sudah bergelar sukarelawan BNYCT."
Penganjuran #TwtUpTF100K ini adalah usaha rakan-rakan twitter @TunFaisal sebagai satu simbolik menghargai semua follower seramai 103,950 di samping dapat berkenalan lebih mesra bersama sukarelawan BNYCT.

Mengenai program BNYCT yang akan datang, Tun Faisal berkata "BNYCT akan mengadakan bengkel yang akan mengumpulkan para sukarelawan bagi menjana dan mengumpul idea untuk membantu komuniti media baru dalam usaha menyokong dan memastikan kemenangan BN pada pilihanraya akan datang. BNYCT turut akan menganjurkan program Siber Kreatif bagi mencungkil bakat rakyat dalam usaha menyokong BN." - Media BNYCT

Menarik kerana BNYCT adalah buat rakyat Malaysia yang mahu berkongsi fakta sebenar bersama rakyat yang lain. Jadi tidak salah anda mendaftar di http://twitter.com/BNYCyberTeam jika mahu menjadi sukarelawan siber.

K7L : Jadilah rakyat yang prihatin..Menjadi ejen penyebaran maklumat tepat kepada rakyat yang lain akan membantu negara..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk