Keris mahu ucapkan sekalung tahniah kepada MARA kerana berjaya melaksanakan satu inisiatif baru dalam membantu pendidikan anak-anak melayu. Tabung Warisan MARA yang diwujudkan untuk mengumpul dan mentadbir dana yang akan diwaqafkan sebanyak 50% dan 50% lagi digunakan untuk keperluan pendidikan anak-anak melayu. Pembayaran pendidikan bumiputera dan pemberian bantuan pelajar miskin menjadi objektif utama penubuhannya.
Mungkin ramai yang tidak faham apa itu waqaf. Mudahnya waqaf adalah satu pengorbanan dan jihad. Waqaf dari segi istilah pula bererti menahan sesuatu benda atau harta yang suci dan halal bentuk zatnya supaya digunakan untuk tujuan kebaikan dan mendapat manfaat daripadanya.
Si pemberi akan menerima ganjaran pahala yang berterusan manakala si penerima juga akan mendapat manfaatnya.
Hukum Syarak
Hukum waqaf adalah HARUS dalam syariat Islam dan ia adalah amalan yang digalakkan dengan berdasarkan nas al-Quran dan hadis. Terdapat banyak hikmah yang diperolehi dengan mewaqafkan harta. Antaranya adalah seperti berikut:
- Membuka jalan ke arah ibadah kepada Allah s.w.t.
- Merealisasikan minat orang beriman yang suka memberi waqaf dan berlumba-lumba dalam amal kebajikan dan mengharapkan pahala
- Memberi pahala yang berterusan kepada pewaqaf selepas kematian selagimana harta waqaf tersebut berkekalan
- Untuk kebaikan Islam, seperti membina masjid, surau, tanah perkuburan dan sebagainya
- Membantu mengurangkan bebanan orang fakir dan miskin serta anak yatim
Nak tahu cara untuk berurusan dalam memberi waqaf? Berikut adalah cara-caranya:
Keistimewaan tolakan cukai dibawah Subsekyen 44(6) Akata Cukai Pendapatan (ACP) 1967 juga akan diberi kepada si pemberi. Buat apa ada banyak duit kalau tidak mahu membantu orang lain? Keris teringat pesanan satu orang tua kepada Keris. "Dalam gaji kamu ada duit orang lain sebab itu kita perlu sedekah,infaq atau waqaf harta kita".
Didalam Al-Quran juga ada menyebut :
Firman Allah S.W.T dalam surah Ali-Imran ayat 92: Maksudnya: kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
Manakala Hadis pula :
Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:
" Apabila mati seseorang itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang termanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya."
Diberitakan dari Ibnu Umar bahawa Umar mendapat bahagian sebidang tanah di Khaibar. Beliau berkata, "wahai Rasullullah. Saya mendapat sebidang tanah di Khaibar sedangkan saya belum pernah mendapat yang lebih berharga daripada itu. Apa yang sebaiknya saya lakukan?" Rasullullah S.A.W menjawab, "Bila kamu mahu, sedekahkanlah." Lalu Umar menyedekahkan tanah itu dengan syarat tidak boleh dijual, dihibahkan dan diwariskan. Tanah itu harus digunakan untuk digunakan kaum miskin, karib kerahat, para hamba sahaya, orang-orang lemah, dan ibnu sabil. Pengelola tanah mengikut sekadarnya"
(Hadis Riwayat Jamaah)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tabung Warisan Mara (TWM) boleh kunjungi Portal 1,Portal 2, Facebook, Twitter dan Youtube. Sumbangan boleh diberi dengan merujuk Kaedah Sumbangan di portal rasmi TWM
K7L : Bantulah anak melayu kita..kalau kita tak bantu..siapa lagi?..
0 ulasan:
Post a Comment