Tadi sewaktu menyaksikan perlawanan ATM menentang Lions XII, Keris dapat lihat semua penyokong tidak kira mana negeri memberi sokongan padu kepada ATM. Seakan Malaysia menentang Singapura! Semangat kenegaraan dapat dilihat, baik penyokong diluar, dalam stadium mahupun pemain ATM sendiri.
Dramatik dan penuh debaran menjadikan permainan tadi tampak menarik untuk ditonton. Telah lama Keris tidak menonton bolasepak. Hari ini sampai habis suara terjerit-jerit. Esok Selangor menentang Kelantan pula.
Keris doakan supaya Selangor berjaya masuk ke Final dan meneruskan #MisiPiala33. Dah lama Keris tunggu untuk ke stadium menyaksikan Selangor untuk menang!
Go Red Giants Go!
K7L : Merah Kuning lambang kebanggaan!..
0 ulasan:
Post a Comment