13/10/2012

Malaysiakini Kantoikan Anwar Ibrahim Secara Tidak Sengaja? #MeloyaKini



Saban hari #MeloyaKini semakin terserlah kebodohan mereka serta pembohongan melalui berita-berita yang mereka sebarkan. Kebanyakannya tidak lengkap, tidak tepat dan telah dipusing situasi itu mengikut kesesuaian tahap pembohongan.


Isu berkenaan MalaysiKini #MeloyaKini yang dikaitkan dengan penyangak matawang Yahudi, Goerge Soros masih tidak dapat dijawab. Dan kerana mahu menutup malu mereka, mereka telah babitkan Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam spekulasi matawang sama seperti Soros namun mereka telah tersilap langkah.Mengikut laporan Meloyakini :

Ironinya, ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, Bank Negara Malaysia menceburkan diri dalam spekulasi mata wang yang berisiko tinggi - dan ia kerugian sejumlah RM5.7 bilion kepada orang-orang pada awal tahun 1990-an.

Satu perkara yang fundamental dan tidak dilaporkan oleh portal pro-pembangkang itu ialah Anwar Ibrahim merupakan Menteri Kewangan ketika beliau telah didesak untuk bertanggungjawab sepenuhnya di atas kerugian Bank Negara!

Dan individu yang mendesak Anwwar Ibrahim ialah Lim Kit Siang.

Ketika memegang jawatan Menteri Kewangan selama 8 tahun, bermula dari tahun 1990 hingga 1998, Anwar pernah dikritik di Dewan Rakyat pada tahun 1993 kerana kegagalan menangani kerugian Bank Negara yang mencecah bilion ringgit.

Lim Kit Siang,Ketua pembangkang di Dewan Rakyat pada itu mendesak Anwar selaku Menteri Kewangan bertanggungjawab sepenuhnya di atas kerugian tersebut

Di Parlimen, Selasa, 27 April 1993, Kit Siang menegaskan :

“Selaku Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim mesti menerima tanggungjawab persendirian sepenuhnya kerana kerugian pertukaran asing Bank Negara ini.

Rakyat berhak mengetahui sebab dan saiz berbagai kerugian pertukaran asing yang dialami oleh Bank Negara, berkenaan jumlah kerugian yang disebabkan oleh pembendungan inflasi dalam menyerap liquiditi, penilaian semula pegangan mata wang asing dan kenaikan nilai ringgit dan kerugian hasil daripada perniagaan dan spekulasi mata wang asing.”  - AIDC


Anwar Ibrahim menjawab kenyataan Kit Siang, walau bagaimanapun jawapan panjang lebar Anwar itu memerangkap dirinya.

Portal AIDC mendedahkan :

Esoknya, tepat jam 3.38 petang Lim Kit Siang – setelah merakamkan penghargaan kepada jawapan Anwar – berkata :“Saya juga mesti mencatatkan kehampaan saya yang amat sangat dengan kenyataan beliau (Anwar) yang bukan merupakan jawapan kepada ucapan saya. Kita boleh sebut ia sebagai non-reply….. Yang Berhormat Menteri Kewangan bersungguh-sungguh mengelakkan diri dari memberi jawapan sehingga habis tempoh 30 minit yang diperuntukkan untuk beliau.

Kenyataan itu…..hanya memperkukuhkan kesangsian bahawa kerajaan mempunyai banyak perkara yang terpaksa disembunyikan atau dengan izin swept under the carpet…..Hakikat yang sebenarnya ialah beliau (Anwar) telah membangkitkan lebih banyak soalan daripada menjawab.

"Selanjutnya Kit Siang membidas gaya Anwar yang tidak bersedia membaca teks ucapan yang disediakan supaya dapat gambaran beliau membuat pembentangan dengan spontan bagi mempamerkan kehebatannya dalam perkara tersebut. - AIDC

Ironinya, segala kenyataan di atas tidak dilaporkan oleh Malaysiakini.

Tun Dr Mahathir cuba diperlekehkan padahal angkaranya ialah sekutu portal tersebut, Anwar Ibrahim dan yang mengkritik Anwar juga sekutu portal itu, Lim Kit Siang namanya!

Nampaknya, portal Malaysiakini semakin tercalar imej mereka. Apa yang mereka tulis sudah tidak boleh dijadikan berita yang sahih. Sebagai penyebar berita, mereka sudah hilang kredibiliti dan integriti dalam bidang kewartawanan. 

Tak boleh percaya MalaysiaKini!

K7L : Sanggup menipu rakyat..jangan biarkan diri anda dikaburi dengan berita tidak sahih seperti MalaysiaKini..

1 ulasan:

  1. Xavi Gerad Jude Am. Aiicco Insurans plc wakil. Kami menawarkan pinjaman kepada kadar bayaran balik 3%. Ini (CEO) hubungi kami jika anda berminat alamat e-mel: xavigeradloanfirm@yahoo.com
    Aiicco insurans plc mengambil hanya dibenarkan mendaftar lebih umur 20.
    Pelaburan Pinjaman Peribadi.
    Pinjaman harta Pelaburan.
    Pinjaman penyatuan.
    Pembinaan Pinjaman.
    Pilih satu atau pembayaran-tahun.
    Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
    Terma pinjaman yang fleksibel.
    Tiada pinjaman sehingga untuk Tahun EUR 5000 8000.000.00.
    Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik. Jude GERAD bugün.SR Kami Pelaburan plc: Jawapan hendaklah dihantar Namakan. E-mail: xavigeradloanfirm@yahoo.com

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk