Sebelum ini Keris ada menulis tentang Part I di [SINI]. Kini TMS mendedahkan lagi perihal rampasan tanah yayasan di Pulau Carey. Sebelum kita ikuti pendedahan tersebut, Keris mahu mengimbas kembali sebuah surat yang pernah ditulis oleh Eli Wong kepada MB Selangor. Ada kaitan dengan rampasan? [Klik Sini]
"Sambungan dari SIRI 1 (klik) yang lalu di mana telah kami paparkan bahawa Ilham Marzuki, pengurus besar Yayasan Selangor telah menghantar sekumpulan pengawal keselamatan ke dalam tanah pajakan yang diberi kepada AGRO SEGAR SDN BHD dan ALAF GIGIH SDN BHD di Pulau Carey, Kuala Langat bagi menghalau para pekerja AGRO dan ALAF dari tanah tersebut seterusnya merampas kedudukan aset dan premis AGRO dan ALAF" - Team Media Selangor
Benar, Ilham Marzuki telah menghantar sepasukan pengawal keselamatan ke dalam tanah di atas dan Ismail Abdul Rahman selaku pengurus ladang bagi pihak AGRO telah membuat satu laporan polis berkaitan insiden tersebut.
Namun, siasatan yang TMS lakukan mendapati bahawa Ilham Marzuki telah mendapatkan perintah mahkamah secara "EX-PARTE" bagi mengambil alih semula kedudukan AGRO dan ALAF atas alasan-alasan seperti yang dipohon dan dibenarkan oleh mahkamah.
Namun perlu diingat, bahawa perintah interim yang diberikan oleh mahkamah kepada Yayasan Selangor adalah bersifat sementara dan satu pihak.
Apakah penyebab kepada kesungguhan Yayasan Selangor di bawah tadbir Ilham Marzuki selaku pengurus besarnya bersungguh-sungguh mahu menghambat keluar AGRO dan ALAF? Menjadi satu tanda tanya yang besar.
Benarkah seperti telahan sahabat blogger TMS, Jawa Bernam bahawa tanah berkepentingan di Pulau Carey tersebut bakal diberikan kepada YB Elizabeth Wong, exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar negeri Selangor sebagaimana tanah di Klang milikan Yayasan Selangor yang berharga jutaan ringgit bakal diberikan kepada beliau kononnya bagi tujuan mendirikan pusat kebudayaan kaum Cina?
Jika benar, apakah kaitan Elizabeth Wong dengan TRILINK CONSTRUCTION SDN BHD yang bakal menggantikan AGRO dan ALAF dalam membangunkan tanah milik Yayasan Selangor di Pulau Carey tersebut?
Siapakah TRILINK yang bernilai bilion ringgit ini?
Dan bagaimana pula bakal nasib kaum asli terutama Mah Meri yang menduduki kawasan sekitar tanah tersebut?
K7L : Bawak pengawal letak di bumi orang asli?..
0 ulasan:
Post a Comment